Sakit Jantung : Gula lebih bahaya dari lemak tepu.
🌿السلام عليكم ورØÙ…ةالله..✨🌹
Selama lebih lima dekad masyarakat telah mempercayai bahawa lemak tepu (lemak haiwan) adalah penyebab penyakit jantung. Ia telah menjadi satu kepercayaan yang konkrit dan sebati. Persoalannya benarkah begitu?
Bagaimana jika dinyatakan bahawa satu kajian semula yang cukup besar telah diterbitkan dalam jurnal perubatan terkemuka menunjukkan bahawa tidak ada kaitan antara lemak tepu dan penyakit jantung? Jom kita lihat buktinya...
Kenyataan yang menyatakan bahawa lemak tepu menjadi penyebab sakit jantung merupakan teori dari penyelidikan seorang ahli sains Amerika pada tahun 1950. Teori ini telah diterima oleh Persatuan Jantung Amerika dan kerajaan persekutuan Amerika Syarikat pada 1960-an dan 70-an. Namun teori ini telah dipertikaikan oleh pakar fisiologi British, Prof John Yudkin yang berhujah bahawa pengambilan gula lebih berkait rapat dengan kejadian penyakit jantung koronari.
Satu kajian meta analisis telah diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, di mana data dikumpulkan dari 21 kajian yang unik yang melibatkan hampir 350,000 orang di mana kira-kira 11,000 daripada mereka dikesan menghidapi penyakit kardiovaskular (sakit jantung) dalam masa 14 tahun (secara purata). Kesimpulan yang dibuat bahawa tidak ada hubungan antara pengambilan lemak tepu dan sakit jantung atau stroke!
Lebih menarik lagi ialah satu artikel yang disiarkan dalam jurnal Progress in Cardiovascular Diseases, Mid America Heart Institute of Saint Luke, 2014 menyatakan bahawa GULA mempunyai impak yang lebih besar kepada penyakit jantung koronari berbanding lemak tepu.
Dikuatkan lagi oleh kajian para saintis dari Albert Einstein College of Medicine, New York yang kemudiannya merumuskan bahawa pengambilan gula, terutamanya dalam bentuk gula proses, adalah penyumbang yang lebih besar untuk penyakit jantung berbanding lemak tepu.
"Selepas analisis yang teliti terhadap bukti-bukti yang diperolehi, saya mengesyorkan bahawa garis panduan pemakanan beralih dari cadangan untuk mengurangkan lemak tepu kepada cadangan untuk mengelakkan gula tambahan," kata Dr DiNicolantonio, Albert Einstein College of Medicine.
Nah! Telah terbukti salah anggap terhadap lemak tepu selama ini. Tidak hairanlah mengapa setelah kempen besar-besaran yang dilakukan di seluruh dunia termasuk di Malaysia terhadap pemakanan lemak, namun kadar pesakit jantung terus meningkat. Setiap tahun dianggarkan sebanyak 42,000 kes serangan jantung berlaku di Malaysia. Apa yang paling membimbangkan ialah peningkatan kadar sakit jantung di kalangan orang muda iaitu pada awal 30-an. Malah rekod menunjukkan bahawa serangan jantung pernah berlaku pada usia 19 tahun!
Adakah anda tidak berasa pelik keadaan ini? Apakah sistem kesihatan dan ubat-ubatan kita tidak berkesan? Tidak! Jawabnya ialah kerana 'pembunuh' utamanya masih bermaharajalela di luar sana iaitu GULA pasir... ia bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia!
Justeru jika kita sayangkan kesihatan kita dan generasi akan datang... tinggalkanlah gula dan bertukarlah kepada pemanis sihat nombor 1 di pasaran Malaysia sekarang iaitu RCC Stevia.
Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503
No comments:
Post a Comment