Sunday, 17 January 2016

Fokus!



🌿السلام عليكم ورحمةالله..✨🌹

Apa khabar pagi ini? Moga anda semua sihat dan gembira.

Satu perkara yang paling penting untuk sebuah kejayaan ialah FOKUS. Apa maksudnya di sini? Maksudnya ialah buat sesuatu hingga selesai... selesai bagaimana? Sehingga mencapai matlamat. Kemudian fokus perkara baru pula...

Contohnya... jika kita nak pergi ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu, apa yang kita lakukan? Kita akan fokus untuk menuju ke Kuala Lumpur saja. Kita tetapkan bila akan sampai. Kemudian buat persediaan secukupnya... seperti pakaian, servis kenderaan, perbelanjaan... dan sebagainya. Lalu kita bertolak dengan YAKIN ke Kuala Lumpur. Meskipun dalam perjalanan itu ada gangguan, minyak habis, lapar, sakit perut, mengantuk dan sebagainya... kita akan atasi demi untuk sampai ke destinasi sebagaimana yang telah ditetapkan. Apa yang penting ialah perjalanan itu 'on track'... kekal menuju ke Kuala Lumpur. Sesudah sampai ke Kuala Lumpur... ke mana pula kita akan pergi? Tetapkan tujuan baru... lalu tuju saja... Inilah conttoh fokus paling mudah.

Bila kita tidak fokus... apa yang akan berlaku? Sampai Gambang, kita tukar arah ke Pekan, Pahang.... taupun ke Segamat, Johor... akhirnya matlamat ke Kuala Lumpur tak sampai. Untuk balik ke Kuala Lumpur Kita telah rugi masa, tenaga dan kewangan.

Itulah fokus... bagaimana dengan anda? Masih fokus... sedang menangani gangguan... ataupun sudah lari dari fokus?

Fokus memang perkara yang tak mudah. Namun tujuan dan matlamat boleh menetapkan kita terus 'on track'.

Menangani gangguan juga tidak mudah... ia akan melambatkan perjalanan... namun jika kita menyelesaikannya segera kita akan kembali bergerak menuju destinasi.

Gangguan yang paling besar untuk kejayaan ialah krisis KEYAKINAN. Suara-suara halus dalam minda kita sendirilah penyebabnya... Dari situ akan menimbulkan rasa takut... malu... rasa susah... rasa terpinggir... dan sebagainya.

Kalau anda berada pada tahap ini... tahniah! Kerana anda telah menyedarinya. Itu lebih baik daripada tak sedar di manakah kedudukan anda sebenarnya..

Jika ini berlaku apa yang perlu anda lakukan? Mintalah bantuan! Hubungi orang yang boleh membantu dan memberikan keyakinan semula.

Dunia hari ini adalah dunia maklumat. Semua maklumat boleh diketahui dengan sangat pantas. Kita tak perlu mencarinya... ia datang menerjah inbox kita. Ia ada pro dan kontra... Apa yang pasti pelbagai berita dan cerita itu adalah sesuatu yang boleh 'distract' (mengganggu) fokus kita. Di sana anda akan sentiasa dipersembahkan dengan pelbagai jenis tawaran dan harapan... hanya andalah yang akhirnya memegang kemudi untuk menentukan hala tuju... atau mungkin terus berhenti tidak kemana-mana... Itu semua adalah pilihan... kita mempunyai KUASA MEMILIH ('the power of choice'). Maka pilihan di tangan anda...

Justeru, jika jual kacangpun boleh jadi jutawan, jual biskutpun boleh jadi jutawan, jual minyak wangi orang lainpun boleh jadi jutawan... mengapa jual stevia tak boleh jadi jutawan?

Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503

No comments:

Post a Comment