Jangan peduli apa orang kata!
.🌿السلام عليكم ورØÙ…ةالله..✨🌹
Salam kesejahteraan kepada anda pada pagi ini... Alhamdulillah kerana masih diberikan peluang untuk hidup dan mencipta kejayaan. Moga anda semua terus hebat..
Masyarakat melayu sangat sinonim dengan peribahasa. Antara yang sangat popular ialah "jaga tepi kain orang". Maksudnya ialah mengambil tahu hal orang lain. Memang tak dapat dinafikan itulah sifat masyarakat melayu turun temurun.
Apakah sifat itu tidak baik? Tak semestinya... Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa yang tidak peduli dengan urusan kaum muslimin, maka dia bukan golongan mereka." (HR At Thabarani)
Rasulullah saw juga menyebut yang bermaksud:
"Apa yang membantu menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari sebuah kesulitan di antara berbagai kesulitan-kesulitan dunia, nescaya Allah akan memudahkan salah satu kesulitan di antara berbagai kesulitannya pada hari kiamat..." (HR Muslim)
Maka, kenalah ambil tahu hal orang lain.. itulah satu sisi positifnya.
Namun ada satu sisi negatif yang berlaku dalam masyarakt melayu ini iaitu sering mengambil tahu hal-hal yang tidak sepatutnya. Mereka memberikan komen-komen negatif terutama apabila kita melakukan perkara-perkara yang belum pernah dilakukan. Mereka juga selalu berperasaan 'sceptical' (curiga) apabila melihat sesuatu yang baru dan curiga apabila seseorang itu lebih baik, lebih hebat atau lebih berjaya dari mereka. Pernahkah anda bertemu orang-orang atau kawan-kawan seperti ini?
Jika ya... maka berhati-hatilah apabila bergaul dengan mereka jika anda mahukan kejayaan yang luar biasa. Bukan menyisihkan diri dari kawan-kawan itu tetapi perlu persediaan minda bila berhadapan dengan komen-komen mereka.
Bagaimana untuk anda berjaya menghadapi suasana harian anda itu? Mudah saja... "JANGAN PEDULI APA ORANG KATA!". Kekalkan FOKUS anda. Cepat-cepat anda ingat:
1.... bahawa masa depan anda adalah milik anda. Andalah yang menentukan matlamat hidup anda.
2... walaupun mereka kawan rapat anda tapi siapa yang akan menanggung apabila anda susah?
3... mereka tidak tahu apa yang anda tahu. Kalau mereka tahu pasti mereka sudah bersama anda.
4... orang lain boleh berjaya... kenapa anda tidak?!
5... anda dilahirkan hebat. Andalah yang akan membina kehebatan anda itu..
Jadi, bila anda terus fokus kepada apa yang ingin anda capai, kata-kata negatif mereka itu tidak menjejaskan usaha anda untuk berjaya.
Ayuh! Terus fokus dan bergerak maju ke hadapan. Orang lain boleh berjaya kenapa anda tidak? Jangan pedulikan apa orang kata. Ia hanya akan melambatkan anda mencapai kejayaan...
Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503
No comments:
Post a Comment