Runtuhkan TEMBOK yang menghalang kejayaan anda!
🌿السلام عليكم ورØÙ…ةالله..✨🌹
Apa khabar pagi ini? Moga anda semua sihat dan gembira. Dengan nikmat Allah yang terus mencurah dan percuma ini... syukurilah...
Kita selalu teruja apabila melihat kejayaan orang lain. Cepat-cepat kita nak meniru apa yang mereka lakukan. Sebab kita nak kejayaan itu berlaku untuk diri kita juga. Bila kita mendapat peluang itu, kita cukup bersemangat... cukup yakin. Kadang-kadang sampai tak boleh tidur. Bila bercakap cukup bertenaga... dalam masa yang singkat kita berjaya menarik orang lain untuk bersama-sama dengan kita.
Selepas beberapa ketika... tiba-tiba kita dah tak mahu bercakap tentangnya lagi. Kita rasa kecewa sebab apa yang diharapkan tidak berlaku. Kita rasa tersilap pilih.... Puncanya satu saja... iaitu penolakan. Bila ada seorang yang tolak, kita dah mula down. Bila dua orang tolak... lagi down. Bila lebih ramai tolak... terus terduduk!
Tahukah anda bahawa peluang yang anda bersemangat tentangnya dulu itu masih di situ? Masih kekal sama sebagaimana anda mula-mula temuinya? Kenapa mula-mula dulu anda berjaya menarik orang untuk bersama anda tetapi sekarang orang tidak mahu lagi bersama anda? Jawapannya ialah... kerana semangat dan keyakinan anda sudah tidak bersama anda lagi ketika ini bila anda bercakap tentangnya. Kenapa jadi macam tu? Sebab anda telah mula membina aura negatif dengan membuat alasan dan menyalahkan pihak lain...
Cuba perhatikan bila prospek kita menolak, apa yang mereka sebutkan? Mereka sebut bahawa mereka tak minum gula... mereka sebut bahawa produk mahal... mereka sebut bahawa mereka sedang guna madu... mereka sebut susah sebab semua orang dah tahu... mereka sebut orang tak minat... dan berbagai lagi alasan lain...
Apakah benar kata-kata mereka itu kerana yang demikian? Tidak! Sebenarnya mereka sedang buat alasan. Kenapa mereka buat alasan? Kerana mereka masih tidak faham. Bila tak faham sudah tentu mereka tak suka... tak jatuh cinta... tak nak beli dan tak nak ambik peluang yang anda ceritakan.
Adakah itu bermaksud bahawa peluang ini telah berubah? Tidak! Peluang tetap sama... produk tetap baik sebagai pengganti gula. Bonus pasangannya tetap RM1800 sehari untuk satu akaun. Tabung kebajikan dan khairat kematian tetap dapat dinikmati oleh mereka yang layak... dan semuanya tetap sama.
Kenapa mula-mula dulu kita bersemangat? Jawapannya sebab kita nampak matlamat. Iaitu menjadi jutawan dengan modal yang kecil... boleh dilakukan dalam masa yang singkat... tiada risiko kerugian... Masa itu kita tak nampak langsung halangan sebab minda kita dipenuhi dengan matlamat.
Sayangnya bila bertemu realiti... kita berhenti... dan mula menyalahkan pihak lain seperti produk begini begini... syarikat begini begini... pembahagian bonusnya begini begini... dan sebagainya. Bila kita mula menyalahkan pihak lain... kita sedang mula membina TEMBOK KEJAYAAN. Hentikanlah segera...
Apa yang perlu anda lakukan jika berada pada tahap ini? Temui mentor anda. PZO juga sentiasa bersedia menjawab persoalan anda. Sekarang sudah ada whatsapp... luahkan segala masalah yang anda hadapi...
Jika kita benar-benar ingin berjaya... caranya ialah mencari jalan penyelesaiannya. Sama saja semasa kita tak score dalam peperiksaan dulu. Kita cari penyelesaiannya di pusat-pusat tuisyen. Bagaimana kita terus kekal dengan keluarga kita walaupun dilanda pelbagai cabaran dan rintangan... sebab kita cari penyelesaian. Nah! Anda sedang berada pada satu level dalam perniagaan ini... yang berpotensi menjadikan anda JUTAWAN. Kenapa anda tidak menyelesaikan masalah penolakan itu?
Justeru... tembok kejayaan itu perlu anda runtuhkan dengan cara mencari jalan penyelesaian... dan lakukanlah sebagaiamana jalan penyelesaiannya...
Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503
No comments:
Post a Comment