"Cara terbaik untuk menjual ialah jangan jual!"
🌿السلام عليكم ورØÙ…ةالله..✨🌹
Apa khabar hari ini? Moga anda semua ceria dan bahagia.
Psikologi manusia ialah mereka nak tahu apa yang mereka akan dapat dengan wang yang mereka keluarkan. Manusia cukup beranalisa. Pertimbangan untung ruginya sangat kuat. Namun semua pertimbangan itu akan dipengaruhi oleh emosi untuk membuat keputusan.
Emosi manusia mudah terdorong oleh perasaan takut, suka, bahagia, benci, kecewa, dihargai dan sebagainya... Bila emosi ini tersentuh, mereka tidak lagi beranalisa dan sanggup berbelanja meskipun dengan harga yang mahal... kadang-kadang selepas berbelanja barulah mereka menilai semula bahawa apa yang dibelanjakan itu suatu keperluan ataupun tidak.
Inilah yang dinamakan strategi marketing. Kita tak menjual produk tetapi produk kita laku... apa yang perlu kita lakukan? 'Jual' manfaat produk.
Setiap hari di luar sana ramai yang sedang menunggu-nunggu berita dari kita tetapi kita tak tahu sebelum kita memberitahu bahawa produk kita mempunyai 'kuasa" begini-begini...
Kalau hari ini saya katakan setiap 3 orang di sekeliling anda akan ada seorang yang obese (berat badan berlebihan)... adakah anda percaya? Nah! Keluar dari rumah dan mula perhatikan sekeliling anda. Buat kiraan sehingga 10 orang... berapakah yang obese? Anda akan dapati sekeliling anda dipenuhi oleh orang yang mempunyai masalah. Mereka perlukan anda.
Adakah anda percaya untuk menurunkan berat badan itu adalah 'mustahil' dengan tidak berpantang dari gula? Jika anda buat survey, dalam 10 orang, berapa ramai yang sanggup meninggalkan manis selama sebulan untuk menurunkan berat badan mereka? Hanya seorang? Nasib anda baik... kebanyakannya kesemua 10 orang itu tak sanggup kerana gula itu menagihkan!
Kalau mereka faham bahawa obese adalah sumber penyakit... obese adalah kerana gula dan kalori.... sebenarnya mereka tak perlu berbelanja mahal untuk mendapatkan semula kesihatan dan kecantikan bentuk badan mereka yang hilang. Hanya guna stevia dan tinggalkan gula dan kalori!
Kalau mereka faham... adakah mereka membeli dari anda? Tapi anda tak menjual bukan? Anda hanya cerita manfaat... cerita penyelesaian... cerita keseronokan... cerita testimoni... cerita menggunakan kreativiti anda... Maka.. ceritalah sehingga mereka tanya kat mana nak dapat stevia ni... kerana pada saat itu emosi mereka telahpun anda sentuh.
Justeru sentuhlah emosi mereka melalui kelebihan stevia... apa yang stevia boleh berikan dari sudut kesihatan... sentuh dari sudut kewangan... sentuh dari sudut kebebasan perniagaan... Ramai yang memerlukan produk ini. Ramai yang masih belum tahu peluang yang disediakan... Ramai yang hidupnya dikitari oleh masalah hidup, masalah kesihatan, kewangan, ketakutan, kerisauan dan sebagainya...
Fikirkan soalan-soalan yang menyentuh emosi mereka... gunakan soalan itu ketika perlu... dari banyak soalan itu... tentu ada yang mengenai masalah mereka dan emosi mereka...
Ayuh... jangan jual stevia... tapi juallah manfaat stevia.... anda adalah marketing genius!
Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503
No comments:
Post a Comment