Gula dan kanser.
🌿السلام عليكم ورØÙ…ةالله..✨🌹
Banyak kajian yang telah dilakukan mengaitkan antara gula dan penyakit kanser. Kenyataan ini bukan perkara baru. Telah lebih 80 tahun dikeluarkan, namun tidak ramai masyarakat Malaysia yang cakna tentangnya...
Pada tahun 1931, Dr Otto Warburg (Pemenang Hadiah Nobel) seorang penyelidik Jerman mendapati sel kanser cenderung untuk menggunakan proses di mana glukos digunakan sebagai makanannya dan menghasilkan asid laktik sebagai hasil sampingan. Jumlah besar asid laktik yang dihasilkan ini kemudian diangkut ke hati. Ini menyebabkan, tisu dan sel-sel badan mengalami keletihan fizikal secara menyeluruh (akibat kesan asid laktik).
Proses metabolisma seperti ini hanya menghasilkan kira-kira 5 peratus saja tenaga. Ini bermaksud sel kanser itu "membuang" tenaga daripada gula yang anda makan, yang membawa anda untuk menjadi semakin letih dan kekurangan zat makanan. Kitaran yang berterusan ini akan menyebabkan kanser semakin membesar, badan semakin kurus dan letih. Sebab itu majoriti penghidap kanser akan kelihatan letih dan kurus. Kerana menjadikan gula sebagai sumber tenaganya... sedangkan ia sebenarnya sedang membantu kepada sel kanser membesar!
Tambahan pula, gula akan mengurangkan keupayaan neutrofil untuk melakukan fungsinya. Neutrofil adalah sejenis sel darah putih yang membantu sel-sel memusnahkan penceroboh, seperti kanser. Malangnya semua bentuk gula menghasilkan kesan yang sama. Dan antara yang paling bahaya ialah fruktos iaitu hasil pemecahan gula putih di dalam tubuh kita.
Justeru, bantulah diri kita dan saudara kita memahami kesan dan bahaya gula ini. Mudah-mudahan diri kita dan generasi akan datang akan lebih sihat melalui pemakanan yang lebih sihat.
Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503
No comments:
Post a Comment