Saturday, 16 January 2016

Tukar stratergi, bukan perniagaan

Tukar strategi, bukan tukar perniagaan!

🌿السلام عليكم ورحمةالله..✨🌹

Apa khabar pagi Jumaat yang mulia ini? Jangan lupa tunaikan solat dhuha ya... 2 rakaat dhuha cukup menggantikan tasbih kepada 360 sendi pada tubuh kita! Maha Pemurahnya Allah.

Dewasa ini berlaku kebanjiran peluang perniagaan... dari sudut penjanaan ekonomi umat ia adalah suatu yang sangat baik. Ia akan menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan tambahan kepada masyarakat. Namun bagi kita, tidak mungkin kita memgambil peluang itu semunya kerana keterbatasan masa dan tenaga. Apakah jawapan Dr. Azizan Osman apabila ditanya bolehkah kita melakukan 2 perniagaan berbeza sebagai langkah berjaga-jaga jika perniagaan utama gagal? Beliau menjawab tidak! Apa yang perlu dilakukan jika gagal ialah tukar strategi pemasaran.... bukan tukar perniagaan!

Ia suatu jawapan sentap! Di luar dari amalan ramai orang. Biasanya kita akan menyediakan plan b untuk 'menyelamatkan diri' dengan melakukan perniagaan lain. Atau buat banyak perniagaan agar lebih cepat berjaya. Tetapi ternyata, amalan kita itu salah. Sebab itu kita masih tidak berjaya.

Kesimpulan dan ringkasan dari penerangan beliau ialah... jika kita memberikan peluang untuk lakukan perniagaan kedua, kita sedang memberi ruang untuk tidak melakukan perniagaan kita secara bersungguh-sungguh. Apa jaminan untuk kita berjaya dengan perniagaan kedua itu jika kita telah gagal perniagaan pertama? Sudah tentu kita akan buat lagi perniagaan lain jika perniagaan kedua itu gagal. Begitulah seterusnya. Sampai bila? Akhirnya kita membuang masa, wang dan tenaga. Matlamat tidak tercapai...

Semua perniagaan itu ada pro dan kontra. Ia menyediakan peluang pendapatan yang berbeza-beza. Terpulang kepada kesesuaian kita. Peluang yang nampaknya besar sekalipun, jika kita tidak melakukannya dengan strategi yang betul, ia hanya tinggal peluang. Pendapatan yang dijanjikan bukan milik kita... begitu juga sebaliknya peluang yang nampak kecil, jika strateginya betul, ia akan menjadi besar dan sumber kejayaan...

Pernah tak anda dengar tentang penjual kacang jadi jutawan? Pernah tak anda dengar penjual nasi lemak jadi jutawan? Pernah tak anda dengar penjual minyak wangi jadi jutawan? Penjual keropok lekor? Penjual burger? Kalau difikirkan... dengan profit margin hanya 2-3 ringgit itu bila boleh jadi jutawan? Namun hakikatnya ialah, bukan kerana profit margin... tetapi kerana strategi yang betul. Kalu profit margin jadi ukurannya... Mydin telah lama gulung tikar. Tapi Mydin yang hanya mengambil keuntungan 2-3 sen setiap barang yang dijualnya itu adalah antara gedung perniagaan yang paling berjaya.

Nah... begitulah peluang rcc yang terhidang di depan anda. Modalnya rendah, risiko kerugiannya hampir zero, produknya diperlukan samada sebagai perasa yang menyihatkan atau sebagai merawat penyakit. Harganya sangat berpatutan... sistem perniagaannya sangat baik yang menyediakan peluang keuntungan yang saksama. Ada pelan kebajikan dan pencen... anda tidak perlu stress menguruskan perniagaannya kerana tiada pekerja, kos modal dan pejabat... malah terbukti telah ramai yang menjadi jutawan... Jika apa yang ada ini sesuai dengan jiwa dan kapasiti anda... lakukanlah dengan sungguh-sungguh. Insha Allah anda juga boleh berjaya seperti mereka yang telah berjaya...

Justeru... Ikutlah nasihat orang yang berjaya... Jika anda menemui cabaran... tukarlah strategi pemasaran sehingga berjaya mencapai matlamat kejayaan yang diimpikan...

Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503

No comments:

Post a Comment