Kenapa masih tak tinggalkan gula?
🌿السلام عليكم ورØÙ…ةالله..✨🌹
Apa khabar sahabat-sahabat? Moga terus ceria di dalam rahmat Allah. Keceriaan adalah aura positif yang akan menarik lebih banyak rezeki... إن شأالله...
Gula putih adalah terdiri dari GLUKOS dan FRUKTOS semata-mata. Tiada kandungan zat makanan lain. Apa yang difokuskan di sini adalah berkaitan FRUKTOS. Fruktos yang dibincang ini adalah fruktos dari gula putih, bukan fruktos dari buah-buahan yang kesannya berbeza sedikit hasil komposisi serat dan nutrien di dalam buah.
Fruktosa hanya diproses di hati. Bila berlebihan:
1. Hati akan membentuk lemak yg dikeluarkan sebagai kolesterol VLDL yg akan memasuki aliran darah menyebabkan berkumpul di dinding2 arteri yang menjadi sebab SAKIT JANTUNG.
2. Kadar keasidan dalam darah meningkat menyebabkan salah satu punca DARAH TINGGI.
3. Bila fruktos terkumpul dalam hati menyebabkan penyakit HATI BERLEMAK seperti penagih alkohol.
4. Ia akan menyebabkan sel-sel tubuh menjadi resisten terhadap insulin menyebabkan KENCING MANIS.
5. Resisten kepada insulin akan meningkatkan kandungan insulin dalam darah. Insulin adalah faktor pertumbuhan (IGF-1) yg boleh menjadi penyebab utama KANSER.
6. Fruktos akan menyebabkan kita terus lapar dan mendorong kita mengambil makanan dengan berlebihan. Ini menyebabkan OBESITI. Kitaran ini semakin membahayakan dan meningkatkan penyakit akibat fruktos.
7. Fruktos berlebihan juga menyebabkan resisten terhadap leptin yang akan mengganggu pemecahan lemak menyebabkan obesiti.
(Prof. Dr. Lustig, Pakar Endokrin Kanak2, Universiti Of California, San Francisco)
Adakah kita menggunakan gula pasir secara berlebihan? Ya!
Apa buktinya? Kajian menunjukkan gula pasir tidak boleh melebihi 30 gm saja sehari yang menyamai 6 sudu teh. Anda boleh kira sendiri banyak mana anda guna gula samada secara terus dalam masakan atau minuman, atau gula yang berada di dalam susu pekat manis, milo, minuman 3 in 1 dan segala bentuk makanan dan perisa di dapur. Sila rujuk labelnya.
Pujangga mengatakan... Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pohon yang tidak berbuah. Ertinya ia tidak memberi manfaat kepada dirinya dan orang lain... Apatah lagi dalam hal gula pasir ini... tidak mengamalkan ilmu ini mungkin akan memudaratkan kesihatan diri sendiri...Justeru bagaimana nak mengamalkannya? Tinggalkanlah saja gula pasir...
Pilihan di tangan anda...
cetusan minda,
DR ROSLAN YUSOF
KLINIK UMMI MANIR KUALA TERENGGANU
No comments:
Post a Comment