Saturday, 16 January 2016

Nasib baik

"Nasib dia memang baik..."

🌿السلام عليكم ورحمةالله..✨🌹

Apa khabar pagi ini? Moga anda semua ceria dan bahagia.

Kita selalu diajar tentang nasib itu sebagai takdir Allah. Bila seseorang itu berjaya, kita akan kata nasib dia baik. Bila gagal pula kita akan kata nasib dia tak baik. Bila ditimpa musibah kita akan kata nasib dia malang...

Kepercayaan bahawa nasib menentukan hidup kita adalah tidak benar. Takdir memang telah ditetapkan oleh Allah swt, namun kita diberikan KUASA MEMILIH untuk melakukan yang terbaik. Kita biasa dengar ungkapan; "Dah nasib aku gagal, usaha mcmanapun tak akan boleh berjaya." Soalnya... bagaimana anda tahu nasib anda? Tak tahu bukan? Bila tak tahu... kenapa tak berusaha? Apa yang pasti Allah akan memakbulkan apa yang kita minta dan usahakan.

Itulah kehebatan Allah... Dia memberikan kita kuasa memilih agar kita dapat mengubah hidup kita kepada yang lebih baik... setiap usaha pula akan diberikan ganjaran pahala. Meskipun dengan berusaha kita masih belum berjaya, namun pahalanya telahpun kita perolehi...

Kuasa memilih ada di tangan kita. Hanya kita yang menentukannya. Jika hari ini anda memilih untuk memakai baju merah, anda akan pergi ke almari dan caru baju berwarna merah lalu anda memakai baju merah. Jika anda memilih mahu solat dhuha, anda akan ke bilik air, ambil wudhu' dan anda akan solat dhuha. Jika anda menentukan mahu menunggang motorsikal pergi kerja, anda akan cari kunci motorsikal, pakai helmet, start motor dan pergi kerja dengan menunggang motorsikal....

Begitu juga jika anda memilih untuk berjaya dalam peperiksaan, pastilah anda akan buat persediaan... mengulangkaji pelajaran, berbincang... berkorban masa untuk belajar dan kurangkan membazir masa dengan perkara-perkara yang tiada kena mengena dengan pelajaran. Dengan TINDAKAN itu anda semakin hampir untuk kejayaan.

Justeru jika anda memilih untuk mendapat pendapatan RM50, 000 sebulan... apa yang anda akan lakukan? Buat kerja macam biasa? Atau duduk saja mengharap? Tidak!! Pastinya TINDAKAN ANDA AKAN MENGIKUT PILIHAN ANDA. Anda akan mencari peluang perniagaan yang boleh memberikan hasil yang sedemikian. Lalu berusaha dengan mencari ilmu dan lakukan kerja dengan bersungguh-sungguh. Jika anda lakukan yang demikian... adakah pasti berjaya? Tidak! Tetapi yang pasti anda telah meletakkan diri anda hampir dengan kejayaan...

Jika anda memilih satu perniagaan yang fleksibel, bermodal rendah, tiada risiko rugi, online, boleh dilakukan dari rumah dan mana saja.. serta berpotensi besar... RCC adalah platform yang terbaik untuk anda...

Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503

No comments:

Post a Comment