Sunday, 2 October 2016

Gula dan darah tinggi


Bagaimana Gula Menjadi Penyebab Darah Tinggi?

Selama ini kita menganggap gula hanya menjadi punca kepada penyakit kencing manis. Rupanya tidak begitu. Malah gula turut menjadi penyumbang kepada penyakit darah tinggi! Bagaimana?

- Kajian mendapati fruktosa dlm gula menjadi punca masalah.
- Jurnal Perubatan Hypertension 2011 mendapati : Pengambilan berlebihan fruktosa dlm 2 minggu meningkatkan tekanan darah 7 mata utk sistolik & 5 mata utk diastolik
- Kajian lain : Sekali shj pengambilan minuman yg kaya fruktosa meningkatkan tekanan darah sebyk 1.6 mata utk sistolik & 0.8 mata diastolik.
- Kajian terbaru : Pengambilan minuman bersoda atau bergas juga menyebabkan peningkatan darah. Minum minuman bergas 2.5 tin atau lebih meningkatkan risiko darah tinggi sehingga 30%.
- Kajian dlm Journal of American Society of Nephrology menunjukkan : Makanan atau minuman yg mengandungi HFCS (High Fructose Corn Syrup) dan gula tinggi spt minuman bergas, minuman kordial, minuman kotak, minuman jus buah-buahan, biskut manis bergula, gula2 dan coklat akan menyebabkan darah tinggi, obesiti, diabetes dan penyakit jantung korinari. Malah, menurut Dr Michel Choncol dari Univ Of Colorado, USA - punca utama masalah ini adalah kerana kandungan fruktosa yg tinggi terutamanya HFCS!
- Kajian oleh Dr Gerald Reaven dari Stanford University : 60% drpd kes pesakit darah tinggi adalah krn pengambilan gula berlebihan setiap hari! Bagaimana ia berlaku? Apabila kita mengambil gula, kelenjar pankreas keluarkan insulin utk turunkan paras gula dlm darah. Peningkatan paras glukosa & insulin yg berterusan akibat pengambilan gula berlebihan inilah yg akan menyebabkan tekanan darah tinggi.
- Insulin adalah hormon penting utk membawa glukosa ke dlm sel tubuh manusia. Sesetengah org mempunyai masalah rintangan insulin. Ini menyebabkan glukosa gagal masuk ke dlm sel tubuh. Paras glukosa meningkat dlm darah. Keadaan ini dipanggil Sindrom X/ Sindrom Metabolik/Sindrom Rintangan Insulin yg akhirnya menyebabkan penyakit Diabetes Mellitus (Kencing Manis). Bahkan, mereka yg mengalami masalah Sindrom X ini turut mempunyai masalah tekanan darah tinggi.
- Jelas sekali keburukan fruktosa kepada tekanan darah sebenarnya jauh lebih teruk dari pengambilan garam!

Rujukan : Buku Gula Racun Putih - Dr Norman Mohd Norawi

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503

No comments:

Post a Comment