BERANI BERIMPIAN!
🌿السلام عليكم ورØÙ…ةالله..✨🌹
Apa khabar pagi ini? Saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2016. Moga anda semua ceria dan bahagia. Moga azam kita pada tahun baru ini akan tercapai. Amiin.
Semua orang yang berjaya itu mempunyai satu sifat yang sama. Iaitu BERANI. Mereka berani bermula, berani mencuba, berani berubah, berani membuat pembaharuan dalam tindakan... dan sebagainya. Semuanya kerana berani... Apakah mereka tidak takut? Ya... mereka juga mempunyai perasaan takut. Mana ada manusia yang tidak takut. Tetapi mereka atasinya kerana mereka ada SEBAB untuk berani. Uniknya sebab mereka juga sama iaitu IMPIAN yang besar untuk berjaya.
Kita semua ada impian untuk berjaya. Kita semua ada impian untuk menikmati gaya hidup hebat. Hakikatnya kita juga telah ada ilmu untuk mencapai semua itu... tapi penghalangnya ialah kita tiada keberanian untuk menempuhi jalan kejayaan.
Contohnya jika ingin berjaya dalam RCC... Bukankah anda tahu maklumat di bawah ini:
1. Gula adalah merbahaya... alternatifnya ialah RCC stevia yang sama manisnya dan menyihatkan.
2. Mendaftar dengan pakej platinum supaya kerja sikit pendapatan banyak.
3. 1 akaun (silver) berpotensi untuk menjana RM1800 sehari... maka 7 akaun (platinum) berpotensi jana RM12,600 sehari.
4. Taja 4 orang platinum seminggu dan buat duplikasi yang serupa berpotensi menjana RM500,000 dalam masa 6 minggu. (Plan JGS 747)
5. Taja 2 orang seminggu (tak kira pakej) dan duplikasi serupa berpotensi menjana RM40,000 dalam 12 minggu.
6. Ahli RCC setakat ini belum sampai 300 ribu sedangkan di Malaysia ada 30 juta penduduk. Maknanya pasaran RCC sangat luas.
7. Perniagaan ini disokong oleh Tabung Kebajikan dan Khairat Kematian bagi memudahkan penajaan dan mendorong ahli-ahli 'maintain' bulanan.
8. Modal yang sangat kecil untuk sebuah perniagaan yang berpotensi besar dan tiada risiko kerugian.
Adakah dengan maklumat-maklumat ini anda boleh berjaya? Sudah tentu boleh! Syaratnya anda kongsikan maklumat-maklumat ini kepada orang ramai... sekurang-kurangnya supaya mereka tahu bahawa gula itu bahaya. Berapa ramai yang anda telah kongsikannya? Berapa kali anda pernah mengubah strategi pemasaran dan pendekatan bila orang menolak? Jika kita kongsikan dengan mereka... hakikatnya sedikit saja yang menolaknya. Jika sebahagian mereka menolak, pasti ada sebabnya dan kita perlu mengubah sedikit strategi dan pendekatan jika apa yang kita lakukan itu kurang berkesan. Itu kita panggil TRIAL AND EDIT. Tapi sebilangan kita tak berani untuk membuka cerita...
Jadi, pada tahun baru ini... besarkanlah impian anda. Tidak cukup hanya dengan azam baru... tapi IMPIAN YANG BESAR. Impian yang bila anda sebut hati anda bergetar... Jika anda BERANI BERIMPIAN... anda akan berani bertindak. Impianlah yang menggerakkan tenaga dan usaha anda.
Cukuplah selama ini kita dikongkong oleh perasaan takut yang tiada faedah. Melayan perasaan itu hanya akan meletakkan anda pada takuk lama. Apa yang lebih malang ialah bila takuk lama itu sudah tak boleh bertahan juga sebab masalah dan keperluan hidup yang semakin meningkat.
Justeru... tiada pilihan untuk anda kecuali BERANI BERTINDAK. Mudah-mudahan tahun baru ini lebih bermakna untuk kejayaan kita.
Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503
No comments:
Post a Comment