Saturday, 16 January 2016

Jgn sabotaj diri

Jangan sabotaj diri sendiri.

🌿السلام عليكم ورحمةالله..✨🌹

Apa khabar pagi ini? Saya doakan anda semua ceria dan bahagia.

Antara penghalang terbesar untuk kita berjaya ialah bila kita sudah hilang keyakinan terhadap diri sendiri. Kenapa hilang yakin? Sebab buat tak jadi... buat tak jadi... maka terus buat kesimpulan bahawa "aku memang tak boleh!". Ini namanya kita sabotaj diri sendiri. Sebab apa? Sebab KEPUTUSAN kita menyebabkan kita berhenti mencuba... berhenti berusaha... akhirnya tak berjaya.

Siapa sebenarnya yang menyebabkan kita berhenti mencuba? Kita sendiri... sebab apa? Sebab kita dah buat kesimpulan bahawa memang perniagaan ni tak boleh dilakukan... Sedangkan faktanya adalah perniagaan ini berpotensi besar. Contohnya di RCC... Sehari boleh dapat RM1800 satu akaun. Modal kecil... tiada risiko kerugian kewangan. Ramai yang telah berjaya...etc etc... tetapi fakta itu hanya tinggal fakta untuk orang lain... bukan untuk kita. Sedangkan ia adalah peluang yang berpotensi untuk kita juga!

Itulah hebatnya kuasa minda... segagah mana seseorang... dengan faktanya dia mampu mengangkat bebanan 100kg. Tetapi bila mindanya buat keputusan aku nak tidur lagi... maka sehelai selimut tak mampu diangkatnya untuk bangun menunaikan solat fardhu subuh berjemaah yang faktanya ialah ganjaran pahalanya seolah-olah beribadat sepanjang malam... ia hanya tinggal fakta untuk orang lain bukan untuk 'si gagah' itu.

Minda... jika ia tidak diurus... sehebat mana anda... sehebat mana peluang yang ada... anda tak akan dapat mencapainya kerana minda anda akan terus menanamkan rasa tak yakin, mesti gagal, nanti orang kata, mesti tak boleh, susah dan sebagainya...

Mengurus minda bukan perkara yang mudah juga. Umpama berperang dengan benda yang tak nampak. Umpama menghalau benda yang tak akan lari... ia menanam rasa MALAS dan SELESA pada tahap kita berada sekarang... jika anda layan... anda berada pada tahap 'bahaya'!

Begitulah... jika anda tidak mengurusnya... kejayaan yang anda impikan hanya tinggal angan-angan... Jadi... jika anda mahu menyelamatkan impian dan matlamat anda... uruskanlah minda anda.

Beza antara seseorang yang berjaya dengan yang lain bukan terletak kepada kelulusan akademiknya... tetapi terletak pada mindanya... di mana-mana saja... dan sejarah juga telah membuktikan semuanya..

Justeru jangan dilayan bisikan minda yang negatif itu. Jika anda melayannya anda telah mensabotaj diri sendiri. Kejayaan adalah milik anda dan kita semua jika kita semua berjaya menguruskan minda kita sendiri. Sentiasalah positifkannya demgan menggantikan bisikan negatif dengan kata-kata positif. Lakukannya sentiasa kerana minda kita ternyata boleh diprogramkan semula seolah-olah menuangkan air bersih dalam bekas yang berkeladak... lama-lama keladak itu akan bersih dan hilang...

Mengapa biarkan kejayaan itu berlalu hanya semata-mata minda kita kata "biarkan ia pergi..."

Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503

No comments:

Post a Comment