Tangani suara kecil dalam minda anda!
🌿السلام عليكم ورØÙ…ةالله..✨🌹
Apa khabar pagi ini? Moga anda semua sihat dan gembira. Dengan nikmat Allah yang terus mencurah dan percuma ini... moga kita terus bersyukur...
Antara perkara yang menghalang anda untuk berjaya ialah suara kecil dalam minda anda...
Suara-suara ini sangat halus. Selalu kita tidak sedar dan tidak mengendahkannya. Suara-suara ini akan mengatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang kita mahu lakukan. Dia akan memberikan alasan-alasan yang logik agar kita tidak melakukannya. Contohnya, apabila kita ingin memulakan perniagaan... maka suara ini akan mengatakan;
"Eleehh... engkau boleh ke? Engkau bukan pernah berniaga?"
"Susah perniagaan ni? Orang tu dah gagal, engkaupun sama je..."
"Baikl engkau duduk rumah je rehat dengan anak bini... susah-susah buat kerja ni buat apa?"
"Cukuplah apa yang dah ada... nak buat benda tu bukannya mesti untung.."
Pernah tak anda mendengar suara-suara kecil seperti ini? Selalu bukan? Jadi bila kita mendengarnya... apa yang selalunya kita buat? Kita mengiyakan bukan? Ya... kebanyakan kita mengiyakan... kita selalu ikut pesanan suara kecil itu agar kita "selamat", "tak rugi", "tak susah", "dapat rehat" dan lain-lain... betul tak? Sebab itu kita masih berada pada tahap ini... Apakah salah untuk kita berada pada tahap kita sekarang? Tak salah... itu adalah pilihan. Namun jika anda ada keinginan untuk mendapat lebih lagi dalam hidup ini... maka anda harus menangani suara-suara kecil itu... Bagaimana? Jika dia kata "tak boleh", anda perlu kata "boleh". Jika dia kata "tidak", anda kata "ya"... begitulah seterusnya...
Jika anda ingin berubah... keinginan anda adalah betul. Kerana hanya perubahan yang akan menjadikan ands 'duduk di tempat lain'. Jika anda tak berubah... boleh tak anda duduk tempat yang ands ingini? PASTI tak boleh... itu sunnahnya.
Kenapa ingin berubah? Kerana ingin hidup lebih bebas... bebas apa? Bebas hutang, bebas masa, bebas memilih apa yang kita inginkan.... dan segalanya bebas.
Jika kita ingin berubah... apa yang perlu kita ubah dahulu? Ubah cara kita berfikir. Bagaimana? Kalau selama ini kita bersikap negatif... selalu kata tak boleh, takut, malu, tak pandai, susah... dan sebagainya... ubahkannya menjadi positif.. Kalau kita fikir tak boleh... kenapa tak boleh? Orang lain boleh.
Kalau kita fikir malu... kenapa perlu malu... bukan kita buat benda salah.
Kalau kita fikir tak pandai... bukankah kita boleh belajar apa yang perlu? Semua orang bermula dari tak pandai..
Kalau kita fikir susah... mana ada perkara yang tak susah? Bangun pagipun susah. Makanpun susah. Tapi kerana sudah biasa ia sudah tak susah lagi...
Begitulah cabaran yang perlu kita tangani. Suara-suara itu akan terus berbunyi... ia memang tidak akan berhenti. Hanya kita perlu tanganinya... Jika anda berjaya menanganinya... langkah seterusnya sangat mudah... jalan kejayaan semakin terbuka luas...
Ayuh saudara... ayuh sahabat... ayuh rakan... kita mempunyai kehebatan sendiri. Jangan biarkan keinginan kalian terbantut hanya kerana melayan perkara yang anda boleh tanganinya...
Justeru... bertindaklah sekarang...
Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503
No comments:
Post a Comment