Saturday, 16 January 2016

Menangani penolakan 1

Penolakan adalah pembelajaran yang terbaik.

.🌿السلام عليكم ورحمةالله..✨🌹

Apakah anda terus bersemangat hari ini setelah melalui hari semalam?

Menyentuh hidup insan agar mereka sihat memang mengujakan. Bayangkan... kita sedang mengubah haluan hidup seseorang kepada laluan yang berbeza. Di hadapan mereka ada duri dan racun yang mereka tidak sedar. Jika mereka lalu hampir pasti akan sakit dan tersiksa kerana beribu orang yang lalu telahpun menderita kerananya... lalu kita ubah haluan hidupnya... Allah... betapa besarnya jasa... mudah-mudahan Allah limpahkan pahala yang setimpal atas usaha dan keikhlasan kita..

Pun begitu... tidak sedikit mereka yang tak bersedia mengubah haluan hidupnya meskipun kita telah berusaha sedaya yang mampu. Banyak alasannya...

Apa respon kita? Tidak perlu kecewa...

Itu adalah pilihan mereka. Apa yang penting sampaikan dengan sejujurnya... ramai lagi saudara kita yang memerlukannya... di Malaysia, 30 juta manusia yang menunggu untuk menerima khabar gembira dari kita.

Inilah perjuangan kita. Kita sedang berusaha mengubah haluan hidup kawan-kawan dan saudara-saudara kita yang sedang melalui jalan yang tidak selamat dari sudut kesihatan. Bukan saja tidak selamat kepadanya tetapi untuk keluarganya dan generasi akan datang... sesuatu yang mereka tidak sedari kerana ianya telah lama diamalkan... telah mendarah daging... sedangkan tiada siapa mengkhabarkan... sekolah tidak, guru tidak, surat khabar tidak, tv tidak.. hanya doktor saja ya... itupun hanya setakat berhenti guna gula... Mana boleh berhenti gula kalau lidah kita telah bertahun-tahun merasainya.

Namun ada yang kecewa dengan penolakan rakan-rakannnya atau saudara-maranya. Mereka menganggap ia satu kegagalan pada dirinya. Ia memandang usahanya itu sia-sia. Lebih baik duduk diam dan jangan kisah hal orang lain... malah ada juga kerana kecewa, haluan hidupnya sendiri tidak dijaga. Dibiarkan melalui jalan tidak selamat itu semula walaupun mengetahui akan akibatnya.

Anda bagaimana?

Juga kecewa dengan penolakan mereka? Kenapa perlu kecewa? Berikut apa yang dapat saya perhatikan...
1. Kerana kita masih perlu diperbetulkan. Kenapa? Kerana niat kita masih untuk diri sendiri. Bila berkongsi, kita mengharapkan keuntungan RM semata-mata. Bila sahabat kita terima, maka kita dapat RM. Sebaliknya bila mereka menolak maka tiadalah RM untuk kita...

2. Kerana kita tersilap tujuan. Matlamat kita seharusnya MENOLONG mereka. Tolong apa? Selamatkan haluan hidupnya. Dengan niat ini, bila mereka terima... bersyukurlah kerana insyaAllah kesihatan mereka dan generasi mereka akan lebih baik hasil perkongsian kita. Dengan tujuan ini, jika mereka menolak kita tak terasa apa-apa kerana tiada kerugian untuk kita. Ramai lagi orang lain yang perlukannya...

3. Kerana kita nak semua orang terima. Kita perlu terima hakikat bahawa sekadar 20% saja yang akan terima. Meskipun pencapaian kita telah hebat sekalipun kita tetap tak dapat nak ubah realiti itu. Apatah lagi mereka yang baru. Manusia sentiasa bersifat curiga dan menolak sehingga mereka faham.

Penolakan seorang prospek tak semestinya prospek yang lain akan menolak. Yang penting kita bersedia untuk menerima hakikat itu dalam minda kita dan teruskan usaha. Itulah sistem pembelajaran yang paling berkesan... bila ditolak cuba perbaiki mana yang perlu diperbaiki dan teruskan usaha.

Jadi sahabat... alangkah ruginya jika anda melayan rasa kecewa sehingga menenggelamkan matlamat anda. Kejayaan tidak lari jika anda terus berusaha kerana peluang tetap terbuka. Tinggal lagi masa saja yang menentukannya. Berikan sedikit masa kepada diri anda untuk perbaiki kelemahan dan terus maju ke hadapan...

Justeru perbetulkan niat dan matlamat anda... perbaiki kelemahan dan terus maju ke hadapan. Kejayaan anda di sedang menunggu di sana bukannya di sini...

Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503

No comments:

Post a Comment