Apa nak buat kalau orang reject?
.🌿السلام عليكم ورØÙ…ةالله..✨🌹
Perniagaan umpama dakwah. Ia mengajak kepada kebaikan. Pendakwah adalah orang yang sanggup diuji. Mereka perlu mempunyai jiwa yang kental dan sentiasa mengasah jiwanya untuk bersifat kental. Kenapa mereka sanggup diuji dan menerima susah? Kerana janji Allah untuk memberikan syurga. Syurga itu sangat indah. Suatu anugerah kesenangan di akhir sebuah kehidupan... kesenangan buat selama-lamanya....
Bandingan dengan perniagaan juga begitu. Orang yang memilih perniagaan adalah seorang usahawan. Mereka juga perlu bersifat kental. Meskipun 'susah' namun kerana matlamat kejayaan... maka dirempuhnya juga kesusahan itu.
Allah pilih anda untuk berada dalam dunia usahawan adalah kerana keinginan anda untuk berjaya. Maka Allah beri anda peluang kerana Allah itu Maha Adil.
Namun usahawan yang berjaya adalah mereka yang terus FOKUS meskipun menerima REJECTION (penolakan). Rejection adalah perkara biasa dalam perjalanan ini. Ia adalah untuk menyediakan minda dan diri anda agar benar-benar bersedia untuk menerima kejayaan itu. Tak semua orang boleh uruskan wang RM1 juta kalau mereka dapat hari ini... Hatinya akan bergelora untuk beli itu dan ini. Jiwanya akan meronta untuk berbelanja... akhirnya akan punah... penuh pembaziran kerana melayanan nafsu dan menunjukkan kemegahan... sebab itu Allah masih belum mentakdirkannya untuk kita hari ini.
Kalau hati anda berasa tenang saja bila dapat RM1 juta... maka anda sudah memiliki salah satu kelayakan untuk berjaya. Untuk dapat hati yang tenang dengan kekayaan ini perlulah bersikap tenang juga bila menerima ujian. Rileks saja... mindanya terus KEKAL FOKUS.
Rejection umpama GARAM. Garam memang tak sedap. Tapi bila dicampurkan dalam makanan, makanan itu jadi sedap. Kita jadi berselera untuk makan. Akhirnya ia menjadikan badan sihat. Malah kalau tak makan garam pulak yang menjadikan badan lemah tak berdaya...
Jadi bagaimana nak jadikan rejection itu perkata biasa? Ini jawapannya. Ingat... manusia ada 3 golongan:
1. Tak nak produk kita.
2. Tak pasti nak ataupun tak nak.
3. Nak produk kita.
Penyelesaiannya ialah... anda tak perlu susah hati bila dah berusaha, memberikan masa dan menerangkan kepada mereka... lastly mereka tak nak... sebab mereka adalah golongan pertama. Maka move on kepada orang lain kerana ramai lagi orang yang berada pada golongan ke-dua dan ke-tiga...
Bila anda faham perkara ini, anda tak akan frust. Masa dan tenaga yang anda luangkan untuk mereka yang menolak ini bukan sia-sia... tetapi masa itu sebenarnya anda sedang membina kekuatan dalaman dan kelayakan untuk sebuah kejayaan... ia adalah 'masa makan' anda...
Justeru... TERIMA saja penolakan kerana ia adalah 'keperluan' untuk anda berjaya dan bergerak terus untuk anda berikan masa pada orang lain pula...
Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503
No comments:
Post a Comment