Sunday, 17 January 2016

Perniagaan yang berdaya saing



🌿السلام عليكم ورحمةالله..✨🌹

Apa khabar ? Moga anda semua terus bersemangat dan bermotivasi... Hidup ini satu perjuangan... apapun yang berlaku ada HIKMAHnya... Jika anda gagal setelah mencuba adalah lebih baik dari gagal untuk mencuba. Mereka yg berjaya adalah mereka yang sentiasa bangkit dari kegagalan...

Perniagaan hari ini sangat banyak persaingannya... nak dapat pelanggan sudah cukup susah... nak mengekalkan pelanggan lagi susah. Jika anda anda sudah berjaya mendapat seorang pelanggan... sebenarnya anda sudah berjaya sampai ke satu tahap yang hebat. Tahniah...

Saya di hubungi oleh seorang rakan yang sudah lama tak bertemu. Dia menawarkan satu perniagaan yang baik produknya iaitu untuk kesihatan yang juga berasaskan stevia. Maklumlah... stevia sedang top di pasaran... maka adalah yang mengambil peluang. Profit marginnya tinggi. Tetapi sistemnya adalah TRADING.

Trading ialah sistem perniagaan yang memerlukan modal yang besar dan keuntungannya melalui keuntungan runcit semata-mata. Cuma ada kalanya sistem ini ditambah nilai dengan menyediakan agen dan dropship.

Walaupun dari satu sudut, keuntungannya nampak lebih besar dari apa yang RCC tawarkan, namun dengan keseluruhan bonus yang disediakan oleh RCC ternyata RCC lebih baik. Apatah lagi perniagaan seperti itu adalah memenatkan kerana terpaksa menggunakan kudrat sendiri.

Dalam RCC, satu perkara unik yang telahpun disediakan ialah program loyalty (kesetiaan). Program yang disediakan ini adalah satu inovasi yang proaktif. Satu step ke hadapan yang jarang-jarang ditemui dalam perniagaan yang berskala kecil seperti RCC. Program loyalty ini biasa ditemui di pasaraya-pasaraya besar, syarikat-syarikat minyak, kedai buku... dan lain-lain. Mereka memberikan kad diskaun ataupun kad mata ganjaran yang boleh dikumpul dan ditebus dengan barangan. Berbeza dengan RCC, loyalty programme yang disediakan banyak dan sangat besar nilainya iaitu REWARD POINT, TABUNG KEBAJIKAN dan KHAIRAT KEMATIAN. Cuba anda fikirkan, selama anda menggunakan kad petrol station dan selama anda shopping di pasaraya besar, pernahkah mereka menyediakan ganjaran tabung kebajikan dan khairat kematian? Sedangkan keuntungan yang mereka perolehi berjuta sehari...

Inilah MAHALnya RCC... perniagaan yang telah tersedia pelbagai program jangka panjang yang sememangnya diperlukan oleh dunia perniagaan hari ini... Namun mungkin sebahagian kita tidak menyedari...

Justeru, bila anda inginkan peluang perniagaan yang berdayasaing di pasaran... inilah masa dan peluangnya untuk anda lakukan perniagaan ini dengan bersungguh-sungguh...

cetusan minda,
DR ROSLAN YUSOF
KLINIK UMMI MANIR KUALA TERENGGANU

No comments:

Post a Comment