Matlamat dan cabaran adalah berkadar terus!
🌿السلام عليكم ورØÙ…ةالله..✨🌹
Apa khabar? Mulakanlah pagi anda dengan senyuman kerana ia akan membebaskan hormon endorphins dan serotonin yang menghilangkan stress dan membina mood baik dan aura positif. InsyaAllah mood dan aura anda itu akan mendorong anda melakukan sesuatu dengan lebih baik... Tak percaya cubalah...
Perniagaan adalah sumber ekonomi. Namun apa yang selalu diajar kepada kita adalah belajar tinggi-tinggi untuk kerja makan gaji. Akhirnya ekonomi dikuasai oleh orang bukan Islam.
Hari ini masyarakat telah mula menyedari akan kelebihan perniagaan. Mereka mula mencari perniagaan sampingan yang paling sesuai dengan diri mereka. Perniagaan yang boleh dilakukan secara fleksibel iaitu bila-bila masa dan di mana saja tanpa mengganggu kerja hakiki mereka.
Antara yang terbaik ialah RCC. Ia perniagaan yang unik. Ia memyediakan peluang kesihatan, kebajikan dan perniagaan. Modalnya kecil, produknya pemanis sihat yang boleh menggantikan gula. Ia boleh dilakukan oleh sesiapa saja dan di mana saja. Apa yg perlu dilakukan ialah... gunakan produk sampai yakin, dan kemudia berkongsi dengan orang lain.
Namun semua perkara ada cabarannya. Meskipun memasarkan 'gula sihat' itu kelihatan simple, tetapi ramai juga yang tak nak beli. Bukan sebab mereka tak suka produk yang baik, tetapi mereka tak nampak apa yang kita cuba sampaikan... Jangan putus asa... Gunakan kreativiti anda untuk memberitahu mereka bahawa mereka perlukan produk RCC itu.
Justeru jika anda mempunyai matlamat, atasilah cabaran itu untuk berjaya. Untuk sebuah kejayaan, anda pasti akan bertemu cabarannya. Jangan kecewa jika menerima cabaran. Bila matlamat anda semakin besar, cabarannya juga akan semakin besar... namun dengan memetapkan matlamat anda di hadapan, pasti tiada halangan yang tidak dapat anda atasi...
cetusan minda,
DR ROSLAN YUSOF
KLINIK UMMI MANIR KUALA TERENGGANU
No comments:
Post a Comment