Saturday, 16 January 2016

Gagal tanda berjaya

Jika anda gagal bererti anda boleh berjaya.

.🌿السلام عليكم ورحمةالله..✨🌹

Apa khabar usahawan hebat semua? Moga diri anda akan terus kekal dengan aura positif...

Sudahkah anda gagal? Pelik soalan ni kan? Jom sembang...

Jika anda betul2 ingin berjaya... gagal adalah 'kewajipan' yang perlu anda tempuh. Seperti anda mahu menunggang basikal, berapa kali anda terjatuh? Tak boleh kira... tapi kenapa anda akhirnya berjaya menunggang basikal? Sebab:

1. Anda ingin berjaya menunggang basikal.
2. Anda terima bahawa untuk berjaya tunggang basikal mesti kena jatuh.
3. Anda tafsirkan semula bahawa jatuh itu adalah satu proses untuk berjaya. Ia tak kekal.
4. Anda bangkit semula dan kayuh semula tanpa jemu.
5. Anda cuba kaedah baru dan teknik baru untuk berjaya tunggang basikal tadi.

Meskipun semuanya berlaku tanpa anda sedar... tapi itulah sebenarnya yang berlaku untuk berjaya.

Nah! Bukankah sunnah kejayaan itu serupa saja di mana2? Allah telah menetapkan begitu... sebab tidak ada manusia yang perfect. Justeru itu kita perlu terima kegagalan.

Tidak berlaku kegagalan selagi kita bangkit semula. Orang yang gagal hanyalah orang yang tidak bangkit setelah jatuh. Mereka takut gagal lagi, mereka malu sebab gagal, mereka kecewa kerana gagal, mereka menyalahkan takdir dengan apa yang berlaku... akhirnya mereka benar2 gagal. Selagi kita bangkit semula, tidak berlaku kegagalan. Apa kita perlu lakukan apabila jatuh?

Buang ego dan minta bantuan orang lain dengan belajar semula ilmu untuk berjaya. Tidak perlu salahkan orang lain... terima kegagalan itu, belajar dan bangkit semula...

Dalam RCC, kalaupun kita rasa kita masih gagal, kegagalan itu teramat kecil. Tiada kerugian kewanganpun dalam perniagaan ini. Tiada yang perlu kita takut dan berasa malu... Jadi... temui mentor anda, minta mereka bantu. Ramai mentor jutawan anda yang sentiasa menunggu telefon anda untuk membantu secara percuma. Mereka tidak akan menolak untuk menunjuk ajar kita.
Ayuh!! Teruskan 'berlari' kerana anda akan jatuh bila berhenti...

Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503

No comments:

Post a Comment