Masih malu?
🌿السلام عليكم ورØÙ…ةالله..✨🌹
Apa khabar pagi ini? Moga anda semua ceria dan bahagia.
Sifat malu adalah sifat yang mulia. Rasulullah SAW sendiri adalah manusia yang paling pemalu... Masyarakat melayu sendiri amat mementingkan sifat ini. Namun... malu yang tidak bertempat akan menyebabkan kemunduran, kegagalan dan dicela.
Meskipun Rasulullah SAW itu sangat pemalu, namun kerana sifat malu itulah baginda menjadi seorang pemimpin yang paling hebat, seorang panglima yang tidak gentar mati, seorang guru yang terbilang, seorang ayah yang penyayang, seorang suami yang sangat adil dan bertanggungjawab.... dan segalanya yang mulia atas diri baginda... Kenapa? Kerana baginda seorang yang sangat pemalu dengan Allah... maka segala yang perlu dilakukan akan dilakukan untuk menyebarkan Islam bagi menyelamatkan manusia. Akhirnya di dunia mendapat kemenangan dan di akhirat memperoleh kejayaan...
Bagaimana menerapkan sifat malu untuk kejayaan kita? Caranya ialah kita perlu berasa malu kepada Allah jika tidak menyampaikan ilmu yang kita ada... sedangkan Allah beri kita ilmu dan pengetahuan itu mempunyai haknya yang tersendiri. Perlu disampaikan untuk manfaat orang lain... Jika orang yang kita kenali itu menerima musibah kerana ilmu yang kita sembunyikan, maka Allah akan tanya di akhirat kenapa kamu tidak sampaikan... soal mereka terima atau tidak bukan lagi urusan kita...
Nah! Berapa ramai saudara-saudara kita yang menghidapi kencing manis, sakit buah pinggang, hypercholesterol, sakit jantung, kanser, obesiti, stroke, gout dan berpuluh masalah lagi yang semuanya ada kaitan dengan gula, di sekeliling kita? Sudahkah kita menyelesaikan tanggungjawab itu dengan berkongsi kelebihan stevia? Jika belum... lakukanlah... Anda akan menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain. Di dunia ini anda akan mendapat keuntungan berupa bonus dan sebagainya... namun yang lebih penting ialah di sisi Allah, usaha yang baik akan disediakan ganjaran pahala yang dijanjikan syurga yang tidak terbayang indahnya...
Jika anda melayan perasaan malu... ia tidak membawa anda ke mana-mana untuk sebuah kejayaan... malah boleh menjadi bebanan pula di akhirat nanti...
Justeru... dengan peluang dan keupayaan yang ada... gunakan sepenuhnya untuk menjadi sahabat yang berguna, rakan yang berbakti, jiran yang membantu, kenalan yang berkongsi ilmu... dan insan yang paling memberi manfaat kepada orang lain...
Ayuh! Bina kejayaan kita di sini sekaligus membina kejayaan kita di akhirat sana...
Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503
No comments:
Post a Comment