Friday, 15 January 2016

RCC Sistem Piramid?

Salam.nk tanya ada org kata RCC ni SISTEM PIRAMID sbb bila downeline maintain belian upline dpt duit. Benarkah begitu?

Jawapan :

Kalu ikut takrifan sistem piramid yg diharamkan ialah pendapatan individu diperolehi based on yuran keahlian.

MLM adalah perniagaan. Perniagaan yg memperolehi hasil perniagaannya melalui jualan produk. Bukan keahlian. Namun kalau syarikat mengenakan yuran keahlian melampau2 sehingga beratus2 ringgit dan produk yg tiada kualiti atau produk yg biasa boleh didapati di pasaran tapi harga yg berganda2 mahal, juga ada unsur syubhah di situ (rujuk tulisan uzar).

RCC tiada yuran keahlian langsung. Dgn belian pertama rm140 sudah melayakkan kita mendapat produk lebih murah dari harga pasaran. Bonus bulanan pula tidak membezakan antara level pertama hingga level ke-6. Semua dapat rm2. Banyak MLM yg membezakan level pertama hingga level ke-enamnya... seperti 6% 5% 4% 3% 3% 3% 3%... tetapi RCC lebih adil...

Goyang kaki tak timbul dlm MLM. Kalau kerja kerajaan atau kerja makan gaji memang ada... masuk pejabat goyang kaki dapat duit.... Bolehkah kumpulan berkembang dgn goyang kaki? Tak boleh. Mahukah downline bekerja dgn upline yg goyang kaki? Tak mahu. Bolehkah downline pandai membina kumpulan dgn upline yg goyang kaki? Tak mungkin... so, perkara ini tak perlu dipersoalkan.

MLM sebenarnya perniagaan lebih murni berbanding dgn trading. Kita sama2 membina kejayaan. Kerja berjemaah. Kalu perniagaan trading tidak berlaku. Selalu berlaku jatuh menjatuh dan monopoli...

Satu lagi artikel yang berkait:

Perniagaan Multilevel marketing vs Piramid

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menghuraikan sedikit sebanyak perkara mengenai perniagaan yang berbentuk piramid di mana kebanyakan sistem piramid ini di kaitkan dengan Perniagaan Multi Level Matketing atau singkatannya MLM. Sebelum saya mengulas lebih lanjut mengenai perkara ini, ingin saya nyatakan semua tulisan saya di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi saya melalui pembacaan dan penelitian saya terhadap perniagaan jenis berbilang tingkat kerana saya juga pernah terdedah dengan perniagaan jenis ini sehingga ke hari ini.

Sistem piramid biasanya di kaitkan dengan perniagaan MLM di mana ia di anggap negatif apabila di katakan orang di atas (Upline) mengambil kesempatan terhadap orang yang di bawah (Downline). Ini kerana orang di atas tidak membuat apa-apa pekerjaan tetapi hanya duduk goyang kaki dan mendapat keuntungan atas kesusahan dan usaha orang di bawah. Perlu di ingat penafsiran seperti ini hanya terpakai untuk perniagan MLM yang tidak mengamalkan etika perniagaan yang betul dalam mengaut keuntungan dan memberikan persepsi yang buruk kepada perniagaan MLM yang mengikut undang-undang dan beretika. Sebagai pengguna, kita seharusnya tidak terburu-buru membuat keputusan atau menilai sebelum membuat kajian terhadap perniagaan MLM yang ada pada hari ini.

MLM adalah perniagaan jualan produk secara langsung kepada pelanggan melalui pengedar-pengedar yang dilantik untuk mendapatkan jualan tetapi pada masa yang sama memberikan peluang kepada pengedar menjana pendapatan melalui penjualan produk dan juga melalui rangkaian atau networking. Permasalahan dan kekeliruan timbul apabila ianya berkait dengan networking kerana ianya seolah-oleh mengambil kesempatan atas usaha orang lain di dalam rangkaian tersebut.

Perlu di ingat, MLM adalah jenis perniagaan yang mengutamakan rangkaian kerana dengan rangkaian atau kumpulan yang kuat, produk yang dipasarkan akan lebih cepat untuk berkembang dan lebih cepat sampai kepada pelanggan.

Seperti yang saya katakan tadi, MLM memberikan peluang kepada pengedar untuk menjana pendapatan melalui penjualan produk kerana kebiasaannya, pengedar akan mendapat keuntungan di antara 20-30% daripada penjualan produk. Bagi mereka yang tidak mempunyai rangkaian, penjualan produk 100% tidak akan memaksimumkan pendapatan mereka dan inilah gunanya networking di mana, pendapatan dapat ditingkatkan dengan adanya networking. Semakin besar networking semakin banyak produk yang terjual dan semakin tinggi pendapatan yang diterima. Saya tidak akan memfokuskan bagaimana aliran MLM ini terhasil kerana ianya tidak sesuai diterangkan di dalam artikel yang lebih kepada menerangkan apa itu perniagaan MLM dan sistem piramid itu sendiri.

Jadi, konsep orang atas sahaja yang akan mendapat keuntungan 'buta-buta' adalah tidak benar kerana komisyen over-riding akan terhenti pada satu tahap yang munasabah yang ditetapkan oleh syarikat MLM tersebut. Jika setiap pengedar yang bergelar downline tadi kekal menjalankan perniagaan MLM ini maka pada satu tahap juga dia akan menjadi upline. Seterusnya usahanya mungkin akan sedikit berkurang kerana sebagai upline dia akan memastikan kumpulannya mendapat jualan produk yang tinggi dan memotivasikan setiap ahli di dalam rangkaiannya dan begitulah seterusnya.

Di dalam perniagaan MLM, penggunaan produk yang konsisten oleh setiap ahli dan memperkenalkan produk kepada orang lain adalah perkara yang ditekankan di dalam perniagaan MLM ini.

Bagi sistem piramid pula, ianya agak sukar untuk dibezakan kerana mereka yang menggunakan sistem piramid adalah perniagaan MLM yang menfokuskan kepada perekrutan ahli daripada memfokuskan kepada jualan produk itu sendiri. Sistem piramid seperti inilah yang sebenarnya merosakkan perniagaan MLM yang beretika dan mengikut undang-undang. Biasanya, syarikat MLM yang menjalankan sistem piramid boleh dikesan jika berlakunya unsur-unsur seperti berikut.

1. Yuran pendaftaran yang tidak munasabah
2. Harga barang yang dijual terlampau mahal daripada harga pasaran.
3. Ahli tidak perlu menggunakan produk berkali-kali.
4. Hanya memfokuskan kepada perekrutan ahli untuk mendapat keuntungan (bukan jualan produk)

Di harapkan dengan penerangan secara ringkas ini, kita mempunyai gambaran yang jelas bagaimana untuk membezakan antara perniagaan MLM yang beretika dan juga perniagaan MLM yang tidak beretika. Di dalam kalangan masyarakat hari ini yang lebih terdedah kepada maklumat-maklumat yang tidak tepat, penjelasan adalah perlu untuk memperbetulkan tanggapan masyarakat terhadap perniagaan MLM. Perniagaan MLM adalah perniagaan yang memberi peluang kepada individu untuk menambah taraf hidup ekonomi isi rumah dengan modal dan risiko yang rendah. Perniagaan MLM bukan perniagaan cepat kaya tetapi perniagaan MLM adalah salah satu perniagaan yang boleh menjadikan anda kaya. Sekian.

Ditulis oleh : Selamat Jamil



Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503

No comments:

Post a Comment