Hilang semangat?
🌿السلام عليكم ورØÙ…ةالله..✨🌹
Apa khabar pagi ini? Moga anda semua ceria dan bahagia.
Kita biasa dengar satu peribahasa "hangat-hangat tahi ayam". Di mana peribahasa ini digunakan? Ia digunakan pada SEMANGAT. Bila semangat dah luntur, maka semua kerja akan tergendala...
Bagaimana dengan IMPIAN kita bila semangat kita luntur? Luntur sama? Sebenarnya impian kita masih kekal di sana... ia masih berada di minda bawah sedar kita... tetapi bila kita tidak menyebutnya, ia akan menjadi kecil dan hilang... semangat hilang tak rugi... tapi bila impian hilang... ia satu kerugian yg besar.
Soalnya apakah kita mempunyai impian? Apakah impian kita? Jelaskah impian itu? Bolehkah digambarkan? Cuba anda tutup mata, tarik nafas dalam-dalam dan gambarkan... jelas? Atau sekejap ada imej... sekejap hilang imej? Atau tak ada imej langsung? Jika anda tak dapat imej yang jelas bila tutup mata... sebenarnya anda masih belum jelas impian anda! Jika ini berlaku kepada anda... anda sebenarnya hanya berangan-angan!
Berangan tidak salah... malah ia adalah permulaan kepada keinginan. Bila keinginan itu kuat... ia menjadi impian. Sebab itu orang kata hingga termimpi-mimpi... itulah ceritanya... Untuk menjelaskan lagi impian itu agar menjadi tindakan... tuliskan ia agar seluruh tubuh anda merasai apa yang ada di dalam fikiran anda. Bila anda tulis... ia telahpun menjadi MATLAMAT!
Tulis impian? Pelikkan? Tak pernah dengarpun sebelum ini? Ya... sebab kita tak pernah diberitahu sebelum ini... Apa perlunya semua itu? Ia adalah untuk memprogramkan minda bawah sedar kita untuk MENARIK kejayaan. Sedar atau tidak bahawa minda kita dan diri kita ini cukup berkuasa? Ia sebenarnya boleh diprogramkan. Sains telah membuktikannya. Dan tanyalah sesiapa saja orang yang berjaya dengan hebat hari ini... mereka buat perkara yang sama...
Lihat antara kisah bagaimana Rasulullah SAW menanamkan impian kepada para sahabat baginda... ketika mereka berada pada saat yang genting dalam peperangan Khandaq.... terkepung oleh pakatan musyrikin, namun baginda bersabda (yang bermaksud); "Aku melihat Rom dan Parsi (dua kuasa besar zaman itu) berjaya kamu kalahkan."
Justeru... jika anda ada impian... tuliskan impian itu untuk menjadi matlamat. Lakukannya setiap hari... ditambah dengan amalan-amalan penarik rezeki yang biasa kita amalkan... anda akan lihat sesuatu yang berbeza akan berlaku kepada anda... dengan matlamat yang melekat kukuh dalam minda separa sedar anda... semangat anda tidak mudah pudar dan luntur!
Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503
No comments:
Post a Comment