Saturday, 16 January 2016

Tarik rezeki

Kenapa rezeki susah masuk?

🌿السلام عليكم ورحمةالله..✨🌹

Apa khabar pagi ini? Moga anda semua ceria dan bahagia.

Kajian para saintis dunia yang mengkaji tentang sains kejayaan mengatakan, lebih 80% kejayaan di dalam perniagaan ataupun pemasaran adalah faktor "MINDA" atau cara seseorang itu "BERFIKIR" dan hanya 20% disebabkan oleh strategi atau methodology iaitu cara untuk melakukan sesuatu.

Minda adalah dunia dalaman kita. Dunia yang tidak kelihatan. Dunia yang penuh dengan 'peperangan' kerana sentiasa berlaku perlawanan antara perkara positif dan negatif di dalamnya. Tempat yang dituju oleh syaitan dan iblis bagi menyesatkan manusia. Tempat yang menentukan cara kita berfikir.

Dunia dalaman itulah yang perlu diberikan tumpuan terlebih dahulu untuk sebuah kejayaan itu menjadi realiti. Dunia itu adalah perkara yang sebenar yang akan dinilai oleh Allah SWT. Kalau di dunia luaran kita boleh berlakon, di dunia dalaman itu tidak boleh dilakon-lakonkan....

Dunia dalaman ini kita panggil KOLAM JIWA. Kolam jiwa ini umpama magnet. Jika ia bersih, ia akan menarik rezeki yang halal. Banyak bukti dan testimoni melalui pengalaman yang diceritakan dan kajian yang dilakukan telah membuktikan bahawa kolam jiwa ini adalah SANGAT BERKUASA menarik rezeki dan kejayaan...

Apa yang mengotorkan kolam jiwa kita? Perasaan dan sifat negatif akan mengotorkannya. Antaranya sifat marah, benci, iri hati, dengki, takut, tidak bersyukur, tidak redha, tidak memaafkan, kedekut, sombong, mengumpat dan sebagainya... Jika ini berlaku kepada kita... maka segeralah bersihkannya dengan beristighfar dan segera NAFIKANNYA dalam diri kita dan LAKUKAN SEBALIKNYA. Kajian juga telah membuktikan bahawa MEROKOK adalah amalan yang mengotorkan kolam jiwa dan terbukti dengan kajian sains...

Justeru bersihkanlah kolam jiwa kita agar di dunia ini dapat menjadi magnet kejayaan dalam apa jua bidang... dan di akhirat menjadi asbab untuk mendapat rahmat Allah bagi syurga-Nya...

Berikut adalah amalan yang dapat membersihkan kolam jiwa kita sebagaimana yang dicadang dan diamalkan oleh multimillionaire Dr. Azizan Osman:
Istighfar 100x sehari.
Selawat 1000x sehari
Solat taubat
Solat hajat
Solat tahajjud
Solat witir
Solat fajar (solat sebelum subuh)
Solat dhuha.

Amalkanlah...

Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503

No comments:

Post a Comment