Sunday, 2 October 2016

Gula dan darah tinggi


Bagaimana Gula Menjadi Penyebab Darah Tinggi?

Selama ini kita menganggap gula hanya menjadi punca kepada penyakit kencing manis. Rupanya tidak begitu. Malah gula turut menjadi penyumbang kepada penyakit darah tinggi! Bagaimana?

- Kajian mendapati fruktosa dlm gula menjadi punca masalah.
- Jurnal Perubatan Hypertension 2011 mendapati : Pengambilan berlebihan fruktosa dlm 2 minggu meningkatkan tekanan darah 7 mata utk sistolik & 5 mata utk diastolik
- Kajian lain : Sekali shj pengambilan minuman yg kaya fruktosa meningkatkan tekanan darah sebyk 1.6 mata utk sistolik & 0.8 mata diastolik.
- Kajian terbaru : Pengambilan minuman bersoda atau bergas juga menyebabkan peningkatan darah. Minum minuman bergas 2.5 tin atau lebih meningkatkan risiko darah tinggi sehingga 30%.
- Kajian dlm Journal of American Society of Nephrology menunjukkan : Makanan atau minuman yg mengandungi HFCS (High Fructose Corn Syrup) dan gula tinggi spt minuman bergas, minuman kordial, minuman kotak, minuman jus buah-buahan, biskut manis bergula, gula2 dan coklat akan menyebabkan darah tinggi, obesiti, diabetes dan penyakit jantung korinari. Malah, menurut Dr Michel Choncol dari Univ Of Colorado, USA - punca utama masalah ini adalah kerana kandungan fruktosa yg tinggi terutamanya HFCS!
- Kajian oleh Dr Gerald Reaven dari Stanford University : 60% drpd kes pesakit darah tinggi adalah krn pengambilan gula berlebihan setiap hari! Bagaimana ia berlaku? Apabila kita mengambil gula, kelenjar pankreas keluarkan insulin utk turunkan paras gula dlm darah. Peningkatan paras glukosa & insulin yg berterusan akibat pengambilan gula berlebihan inilah yg akan menyebabkan tekanan darah tinggi.
- Insulin adalah hormon penting utk membawa glukosa ke dlm sel tubuh manusia. Sesetengah org mempunyai masalah rintangan insulin. Ini menyebabkan glukosa gagal masuk ke dlm sel tubuh. Paras glukosa meningkat dlm darah. Keadaan ini dipanggil Sindrom X/ Sindrom Metabolik/Sindrom Rintangan Insulin yg akhirnya menyebabkan penyakit Diabetes Mellitus (Kencing Manis). Bahkan, mereka yg mengalami masalah Sindrom X ini turut mempunyai masalah tekanan darah tinggi.
- Jelas sekali keburukan fruktosa kepada tekanan darah sebenarnya jauh lebih teruk dari pengambilan garam!

Rujukan : Buku Gula Racun Putih - Dr Norman Mohd Norawi

Sekian, terima kasih.

Ikhlas,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503

Monday, 18 January 2016

Gula dan penyakit jantung

Sakit Jantung : Gula lebih bahaya dari lemak tepu.

🌿السلام عليكم ورحمةالله..✨🌹

Selama lebih lima dekad masyarakat telah mempercayai bahawa lemak tepu (lemak haiwan) adalah penyebab penyakit jantung. Ia telah menjadi satu kepercayaan yang konkrit dan sebati. Persoalannya benarkah begitu?

Bagaimana jika dinyatakan bahawa satu kajian semula yang cukup besar telah diterbitkan dalam jurnal perubatan terkemuka menunjukkan bahawa tidak ada kaitan antara lemak tepu dan penyakit jantung? Jom kita lihat buktinya...

Kenyataan yang menyatakan bahawa lemak tepu menjadi penyebab sakit jantung merupakan teori dari penyelidikan seorang ahli sains Amerika pada tahun 1950. Teori ini telah diterima oleh Persatuan Jantung Amerika dan kerajaan persekutuan Amerika Syarikat pada 1960-an dan 70-an. Namun teori ini telah dipertikaikan oleh pakar fisiologi British, Prof John Yudkin yang berhujah bahawa pengambilan gula lebih berkait rapat dengan kejadian penyakit jantung koronari.

Satu kajian meta analisis telah diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, di mana data dikumpulkan dari 21 kajian yang unik yang melibatkan hampir 350,000 orang di mana kira-kira 11,000 daripada mereka dikesan menghidapi penyakit kardiovaskular (sakit jantung) dalam masa 14 tahun (secara purata). Kesimpulan yang dibuat bahawa tidak ada hubungan antara pengambilan lemak tepu dan sakit jantung atau stroke!

Lebih menarik lagi ialah satu artikel yang disiarkan dalam jurnal Progress in Cardiovascular Diseases, Mid America Heart Institute of Saint Luke, 2014 menyatakan bahawa GULA mempunyai impak yang lebih besar kepada penyakit jantung koronari berbanding lemak tepu.

Dikuatkan lagi oleh kajian para saintis dari Albert Einstein College of Medicine, New York yang kemudiannya merumuskan bahawa pengambilan gula, terutamanya dalam bentuk gula proses, adalah penyumbang yang lebih besar untuk penyakit jantung berbanding lemak tepu.

"Selepas analisis yang teliti terhadap bukti-bukti yang diperolehi, saya mengesyorkan bahawa garis panduan pemakanan beralih dari cadangan untuk mengurangkan lemak tepu kepada cadangan untuk mengelakkan gula tambahan," kata Dr DiNicolantonio, Albert Einstein College of Medicine.

Nah! Telah terbukti salah anggap terhadap lemak tepu selama ini. Tidak hairanlah mengapa setelah kempen besar-besaran yang dilakukan di seluruh dunia termasuk di Malaysia terhadap pemakanan lemak, namun kadar pesakit jantung terus meningkat. Setiap tahun dianggarkan sebanyak 42,000 kes serangan jantung berlaku di Malaysia. Apa yang paling membimbangkan ialah peningkatan kadar sakit jantung di kalangan orang muda iaitu pada awal 30-an. Malah rekod menunjukkan bahawa serangan jantung pernah berlaku pada usia 19 tahun!

Adakah anda tidak berasa pelik keadaan ini? Apakah sistem kesihatan dan ubat-ubatan kita tidak berkesan? Tidak! Jawabnya ialah kerana 'pembunuh' utamanya masih bermaharajalela di luar sana iaitu GULA pasir... ia bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia!

Justeru jika kita sayangkan kesihatan kita dan generasi akan datang... tinggalkanlah gula dan bertukarlah kepada pemanis sihat nombor 1 di pasaran Malaysia sekarang iaitu RCC Stevia.

Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503

Gula dan sistem imun

Jangan lemahkan sistem imun anda dengan gula!

🌿السلام عليكم ورحمةالله..✨🌹

Menurut Perkhidmatan Kesihatan di Universiti Columbia, apabila anda makan 100 gram gula, sel-sel darah putih anda menjadi kurang berkesan sebanyak 40% untuk membunuh kuman. Keadaan ini berlaku sehingga 5 jam selepas anda makan gula!

Kenapa demikian? Ini jawapannya.. Gula dalam sel-sel darah putih kita sentiasa bersaing dengan Vitamin C untuk mendapatkan ruang dalam sel-sel darah tersebut. Dr. Linus Pauling (1970-an pemenang dua Nobel Price dan mendapat gelaran 20 Saintis Terhebat Sepanjang Zaman pada tahun 2000) menjelaskan bahawa sel-sel darah putih memerlukan Vitamin C untuk memusnahkan bakteria dan virus. Gula dan Vitamin C adalah sama struktur kimianya. Jadi, apabila anda makan gula, ia secara langsung bersaing untuk mendapatkan ruang dalam sel-sel imun (sel darah putih) anda dengan Vitamin C. Bila anda mengambil gula lebih daripada VitaminC, maka gulalah yang akan menempati ruang di dalam sel-sel darah putih anda. Malangnya Gula TIDAK membantu sistem imun anda menentang jangkitan sama sekali. Ini akan menyebabkan pertahanan tubuh anda terhadap jangkitan menjadi lemah.

Sebab itu, mereka yang menghidapi kencing manis, secara tidak langsung keupayaannya menentang jangkitan kuman akan menjadi kurang. Luka yang sedikit menjadi besar dan melarat. Bagi mereka yang mengambil makanan atau minuman yang bergula, mereka telah terdedah kepada jangkitan kuman selama 5 jam… apatah lagi kepada sesiapa yang telah menghidapi penyakit seperti kencing manis, orang yang telah sedia lemah kerana penyakit, tua, ataupun kanak-kanak, pengambilan gula menjadi semakin membahayakan kesihatan dan membuka ruang kepada jangkitan virus dan bakteria.

Justeru, jalan singkat yang terbaik ialah… TINGGALKAN GULA. Bertukarlah kepada alternatif pemanis yang lebih sihat dan amalkan pengambilan Vitamin C atau memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar. Jangan kerana gula kesihatan anda menjadi mangsa…

Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503

Sunday, 17 January 2016

Fokus!



🌿السلام عليكم ورحمةالله..✨🌹

Apa khabar pagi ini? Moga anda semua sihat dan gembira.

Satu perkara yang paling penting untuk sebuah kejayaan ialah FOKUS. Apa maksudnya di sini? Maksudnya ialah buat sesuatu hingga selesai... selesai bagaimana? Sehingga mencapai matlamat. Kemudian fokus perkara baru pula...

Contohnya... jika kita nak pergi ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu, apa yang kita lakukan? Kita akan fokus untuk menuju ke Kuala Lumpur saja. Kita tetapkan bila akan sampai. Kemudian buat persediaan secukupnya... seperti pakaian, servis kenderaan, perbelanjaan... dan sebagainya. Lalu kita bertolak dengan YAKIN ke Kuala Lumpur. Meskipun dalam perjalanan itu ada gangguan, minyak habis, lapar, sakit perut, mengantuk dan sebagainya... kita akan atasi demi untuk sampai ke destinasi sebagaimana yang telah ditetapkan. Apa yang penting ialah perjalanan itu 'on track'... kekal menuju ke Kuala Lumpur. Sesudah sampai ke Kuala Lumpur... ke mana pula kita akan pergi? Tetapkan tujuan baru... lalu tuju saja... Inilah conttoh fokus paling mudah.

Bila kita tidak fokus... apa yang akan berlaku? Sampai Gambang, kita tukar arah ke Pekan, Pahang.... taupun ke Segamat, Johor... akhirnya matlamat ke Kuala Lumpur tak sampai. Untuk balik ke Kuala Lumpur Kita telah rugi masa, tenaga dan kewangan.

Itulah fokus... bagaimana dengan anda? Masih fokus... sedang menangani gangguan... ataupun sudah lari dari fokus?

Fokus memang perkara yang tak mudah. Namun tujuan dan matlamat boleh menetapkan kita terus 'on track'.

Menangani gangguan juga tidak mudah... ia akan melambatkan perjalanan... namun jika kita menyelesaikannya segera kita akan kembali bergerak menuju destinasi.

Gangguan yang paling besar untuk kejayaan ialah krisis KEYAKINAN. Suara-suara halus dalam minda kita sendirilah penyebabnya... Dari situ akan menimbulkan rasa takut... malu... rasa susah... rasa terpinggir... dan sebagainya.

Kalau anda berada pada tahap ini... tahniah! Kerana anda telah menyedarinya. Itu lebih baik daripada tak sedar di manakah kedudukan anda sebenarnya..

Jika ini berlaku apa yang perlu anda lakukan? Mintalah bantuan! Hubungi orang yang boleh membantu dan memberikan keyakinan semula.

Dunia hari ini adalah dunia maklumat. Semua maklumat boleh diketahui dengan sangat pantas. Kita tak perlu mencarinya... ia datang menerjah inbox kita. Ia ada pro dan kontra... Apa yang pasti pelbagai berita dan cerita itu adalah sesuatu yang boleh 'distract' (mengganggu) fokus kita. Di sana anda akan sentiasa dipersembahkan dengan pelbagai jenis tawaran dan harapan... hanya andalah yang akhirnya memegang kemudi untuk menentukan hala tuju... atau mungkin terus berhenti tidak kemana-mana... Itu semua adalah pilihan... kita mempunyai KUASA MEMILIH ('the power of choice'). Maka pilihan di tangan anda...

Justeru, jika jual kacangpun boleh jadi jutawan, jual biskutpun boleh jadi jutawan, jual minyak wangi orang lainpun boleh jadi jutawan... mengapa jual stevia tak boleh jadi jutawan?

Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503

Sudah ada tools





🌿السلام عليكم ورحمةالله..✨🌹

Sudahkan anda bersedia untuk berjaya dan menerima limpahan bonus dari RCC? Hari ni.... renungkan dalam2... tarik nafas beberapa kali... pejamkan mata... SANGGUPKAN AKU MENJADI KAYA? BERSEDIAKAH AKU MENJADI KAYA? Jika anda sudah bersedia... anda tidak akan ada masalah BERTINDAK.. jika belum... sediakan diri anda dahulu...

Untuk kita berjaya... salah satu elemen penting ialah PAKSA DIRI kita...
Banyak ke kena paksa diri? Tak banyak... dalam RCC hanya kena paksa :

1. Guna produk untuk kesihatan sendiri dan keluarga.
2. Menambah ilmu.
3. Berkongsi produk.

Itu saja asasnya...

Nak kongsi macamana?
Cuba jawab pertanyaan ini... "Adakah kawan-kawan aku tahu aku ada produk RCC hari ini?" Jika jawabnya tidak... apa kata anda minum bersama mereka dan titiskan stevia dalam minuman di hadapan mereka.

Kalau mereka tanya nak jawab apa?
Terus keluarkan flyers... beri percuma kepada mereka.

Persoalannya adakah anda sentiasa bawa flyers bersama anda? Jika tidak! Ertinya tahun baru ini anda perlu lakukan sedikit penambahbaikan... bawa TOOLS perniagaan bersama anda ke mana-mana saja.

Apa tools tu?
Tools ialah peralatan. Dalam hal ini ia adalah ALAT BANTU PERNIAGAAN. Ia akan membantu anda dalam melakukan penerangan tentang bahaya gula dan apa itu stevia. Pelbagai tools yang dicadangkan oleh para jutawan kita.
Sekurang-kurangnya ialah:
1. Buku Gula Memudaratkan Kesihatan (CAP).
2. Flyers.
3. Buku penerangan perniagaan. (Table talk Kejayaan Penajaan atau apa-apa buku yang berkaitan)

Ayuh! Mulakan tahun baru ini dengan tindakan yang lebih berkesan..

cetusan minda,
DR ROSLAN YUSOF
KLINIK UMMI MANIR KUALA TERENGGANU

Perniagaan yang berdaya saing



🌿السلام عليكم ورحمةالله..✨🌹

Apa khabar ? Moga anda semua terus bersemangat dan bermotivasi... Hidup ini satu perjuangan... apapun yang berlaku ada HIKMAHnya... Jika anda gagal setelah mencuba adalah lebih baik dari gagal untuk mencuba. Mereka yg berjaya adalah mereka yang sentiasa bangkit dari kegagalan...

Perniagaan hari ini sangat banyak persaingannya... nak dapat pelanggan sudah cukup susah... nak mengekalkan pelanggan lagi susah. Jika anda anda sudah berjaya mendapat seorang pelanggan... sebenarnya anda sudah berjaya sampai ke satu tahap yang hebat. Tahniah...

Saya di hubungi oleh seorang rakan yang sudah lama tak bertemu. Dia menawarkan satu perniagaan yang baik produknya iaitu untuk kesihatan yang juga berasaskan stevia. Maklumlah... stevia sedang top di pasaran... maka adalah yang mengambil peluang. Profit marginnya tinggi. Tetapi sistemnya adalah TRADING.

Trading ialah sistem perniagaan yang memerlukan modal yang besar dan keuntungannya melalui keuntungan runcit semata-mata. Cuma ada kalanya sistem ini ditambah nilai dengan menyediakan agen dan dropship.

Walaupun dari satu sudut, keuntungannya nampak lebih besar dari apa yang RCC tawarkan, namun dengan keseluruhan bonus yang disediakan oleh RCC ternyata RCC lebih baik. Apatah lagi perniagaan seperti itu adalah memenatkan kerana terpaksa menggunakan kudrat sendiri.

Dalam RCC, satu perkara unik yang telahpun disediakan ialah program loyalty (kesetiaan). Program yang disediakan ini adalah satu inovasi yang proaktif. Satu step ke hadapan yang jarang-jarang ditemui dalam perniagaan yang berskala kecil seperti RCC. Program loyalty ini biasa ditemui di pasaraya-pasaraya besar, syarikat-syarikat minyak, kedai buku... dan lain-lain. Mereka memberikan kad diskaun ataupun kad mata ganjaran yang boleh dikumpul dan ditebus dengan barangan. Berbeza dengan RCC, loyalty programme yang disediakan banyak dan sangat besar nilainya iaitu REWARD POINT, TABUNG KEBAJIKAN dan KHAIRAT KEMATIAN. Cuba anda fikirkan, selama anda menggunakan kad petrol station dan selama anda shopping di pasaraya besar, pernahkah mereka menyediakan ganjaran tabung kebajikan dan khairat kematian? Sedangkan keuntungan yang mereka perolehi berjuta sehari...

Inilah MAHALnya RCC... perniagaan yang telah tersedia pelbagai program jangka panjang yang sememangnya diperlukan oleh dunia perniagaan hari ini... Namun mungkin sebahagian kita tidak menyedari...

Justeru, bila anda inginkan peluang perniagaan yang berdayasaing di pasaran... inilah masa dan peluangnya untuk anda lakukan perniagaan ini dengan bersungguh-sungguh...

cetusan minda,
DR ROSLAN YUSOF
KLINIK UMMI MANIR KUALA TERENGGANU

Matlamat vs cabaran

Matlamat dan cabaran adalah berkadar terus!

🌿السلام عليكم ورحمةالله..✨🌹

Apa khabar? Mulakanlah pagi anda dengan senyuman kerana ia akan membebaskan hormon endorphins dan serotonin yang menghilangkan stress dan membina mood baik dan aura positif. InsyaAllah mood dan aura anda itu akan mendorong anda melakukan sesuatu dengan lebih baik... Tak percaya cubalah...

Perniagaan adalah sumber ekonomi. Namun apa yang selalu diajar kepada kita adalah belajar tinggi-tinggi untuk kerja makan gaji. Akhirnya ekonomi dikuasai oleh orang bukan Islam.

Hari ini masyarakat telah mula menyedari akan kelebihan perniagaan. Mereka mula mencari perniagaan sampingan yang paling sesuai dengan diri mereka. Perniagaan yang boleh dilakukan secara fleksibel iaitu bila-bila masa dan di mana saja tanpa mengganggu kerja hakiki mereka.

Antara yang terbaik ialah RCC. Ia perniagaan yang unik. Ia memyediakan peluang kesihatan, kebajikan dan perniagaan. Modalnya kecil, produknya pemanis sihat yang boleh menggantikan gula. Ia boleh dilakukan oleh sesiapa saja dan di mana saja. Apa yg perlu dilakukan ialah... gunakan produk sampai yakin, dan kemudia berkongsi dengan orang lain.

Namun semua perkara ada cabarannya. Meskipun memasarkan 'gula sihat' itu kelihatan simple, tetapi ramai juga yang tak nak beli. Bukan sebab mereka tak suka produk yang baik, tetapi mereka tak nampak apa yang kita cuba sampaikan... Jangan putus asa... Gunakan kreativiti anda untuk memberitahu mereka bahawa mereka perlukan produk RCC itu.

Justeru jika anda mempunyai matlamat, atasilah cabaran itu untuk berjaya. Untuk sebuah kejayaan, anda pasti akan bertemu cabarannya. Jangan kecewa jika menerima cabaran. Bila matlamat anda semakin besar, cabarannya juga akan semakin besar... namun dengan memetapkan matlamat anda di hadapan, pasti tiada halangan yang tidak dapat anda atasi...

cetusan minda,
DR ROSLAN YUSOF
KLINIK UMMI MANIR KUALA TERENGGANU