Sunday, 22 November 2015

RCC STEVIA PATUH SYARIAH

RCC STEVIA PATUH SYARIAH

Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Ustaz Dr Zaharuddin, terdapat 9 SYARAT MINIMA yang perlu dipenuhi oleh mana-mana syarikat MLM bagi memastikan ianya PATUH SYARIAH.

Mari kita menilai satu persatu syarat tersebut dalam Syarikat RCC Global Sdn Bhd.

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

# Sememangnya dalam RCC ini, syarikat memfokuskan kepada jualan produk STEVIA yang sangat bermanfaat, berkualiti dan bermutu tinggi serta merupakan KEPERLUAN PENGGUNA.

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

# Jelas sekali STEVIA bukan emas, bukan juga perak.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

# Ya. Dalam plan marketing RCC, ada 3 jenis bonus iaitu bonus penajaan, bonus pasangan dan bonus pencen (royalti bulanan). Ketiga2 jenis bonus/komisyen yg diberikan ini adalah bermula dengan usaha daripada ahli itu sendiri iaitu MENGAJAK, MENAJA dan mengembangkan kumpulannya dengan MEMBERIKAN KEFAHAMAN DAN MENGAJAR secara langsung atau tidak langsung downlinenya. Tanpa usaha daripada ahli, sudah tentu ahli tersebut tidak dapat memperolehi ahli dan komisyen daripada syarikat secara goyang kaki.

Dalam bonus pencen (royalti bulanan) sebagai contohnya, bonus ini hanya boleh diperolehi oleh ahli jika sekiranya :

(i) Ahli tersebut ada DOWNLINE TAJAAN dari level 1 sehingga ke level 6. Downline tajaan ini hanya akan terhasil apabila ahli MEMBUAT TAJAAN. Ahli yang ditaja oleh upline dan dimasukkan di bawah kita sebagai DOWNLINE GENEALOGY tidak dikira untuk mendapatkan bonus bulanan ini (semua ini dapat dilihat di dalam sistem). Jelas sekali kita hanya boleh menikmati bonus pencen (royalti bulanan) ini hanya setelah kita melakukan USAHA (tak goyang kaki).

(ii) Meskipun bonus ini dikira sehingga level ke-6 (jauh), dan salah satu syarat MLM patuh syariah adalah komisyen yg kita dapat mestilah daripada usaha yang kita letak ke dalam kumpulan, maka dengan kita mengajak, menaja dan memberikan ilmu perniagaan RCC lalu dikembangkan secara LANGSUNG atau secara TIDAK LANGSUNG itu sudah memadai sebagai USAHA kita kpd kumpulan kita. Malah jika level bonus pencen itu sehingga level ke-10 atau lebihpun, masih lagi memadai.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan 'kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

# Ya. Dalam RCC - Bonus2 diperolehi melalui kiraaan berikut :
1. Bonus Penajaan - dibayar mengikut pakej iaitu jumlah bilangan kotak produk yang berjaya dijual. Contoh : Taja Pakej Silver = Jual 1 kotak stevia. Taja Pakej Gold = Jual 3 kotak stevia. Taja Pakej Platinum = Jual 7 kotak stevia.
2. Bonus Pasangan - komisyennya juga dikira mengikut bilangan kotak stevia yang terjual semasa penajaan.
3. Bonus Pencen - dibayar mengikut bilangan set Plan B yg terjual (satu set Plan B = 2 botol stevia) sehingga level ke-6 melalui belian peribadi bulanan ahli kumpulan.

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komisyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

# Ya. Dalam RCC, ahli tetap boleh menerima bonus penajaan dan bonus pasangan tanpa diwajibkan ahli membuat belian peribadi/sendiri.

Hanya bonus pencen (royalti bulanan) sahaja yang memerlukan ahli membuat belian peribadi untuk melayakkan dia menerima komisyen kumpulan. Walaubagaimanapun belian minima peribadi yang ditetapkan langsung tidak membebankan ahli kerana stevia adalah sememangnya produk keperluan harian. Maka seolah-olah bonus yang diberi hanyalah secara tidak langsung saja hasil pengamalan produk stevia untuk kesihatan. Di dalam RCC juga setiap bonus yang diberi ada dimaklumkan secara jelas di dalam sistem serta kiraan bonus tiada yang dimanipulasi nilainya kerana ia berdasarkan RM. Ini bermakna semua ahli saling meredhai akan ketetapan bonus pencen/upah ini.

6. Setiap 'upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan 'syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh?

# Penjelasan yang sama seperti no 3.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, pelan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

# Dalam plan pemasaran RCC, kejayaan tidak ditentukan oleh siapa masuk dulu tetapi ditentukan oleh siapa yang berusaha. Ia jelas sebagaimana yg ditunjukkan di dalam plan pemasaran serta banyak bukti di mana, kita telah ada pencapai2 yang terkemudian pendaftaran ahlinya namun lebih berjaya berbanding dengan uplinenya sendiri.

8. Mempersembahkan sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

# Alhamdulillah, sememangnya dalam plan pemasaran RCC, sistem komisyen dan bonusnya sangat telus dan boleh difahami serta dipantau oleh ahli dengan jelas.

9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

# Ya! Dalam RCC, setiap prospek akan dimaklumkan dari awal pilihan pakej keahlian yang boleh dibuat samada silver, gold atau platinum. Setiap pilihan pakej ini pula dinyatakan secara jelas struktur plan pemasarannya yang akan menentukan nisbah untung dan rugi berdasarkan pilihan pakej/modal tersebut.


Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503

No comments:

Post a Comment