Mari kita belajar Plan Marketing Stevia RCC 👍😊
Dalam plan marketing stevia ni, bila kita menaja ahli, ada 3 jenis bonus ;
1. Bonus penajaan - dapat Rm35 utk setiap kotak kuning. Bermakna, bila kita taja pakej silver (1 kotak), bonus kita adalah 1 x Rm35 = Rm35. Bila kita taja pakej gold (3 kotak), bonus kita adalah 3 x Rm35 = Rm105. Bila kita taja pakej Platinum (7 kotak), bonus kita adalah 7 x Rm35 = Rm245. Bonus ini hanya diperolehi sekali sahaja atas setiap penajaan dan ianya adalah sepenuhnya sbg upah hasil usaha mereka yang menaja.
2. Bonus pairing/pasangan - dapat apabila berlaku penajaan ahli di bawah kaki kita, seimbang kiri dan kanan. Setiap satu pair, bonusnya adalah Rm15. Pairing ni tak semestinya datang dari ahli yg kita taja direct sahaja. Semua ahli yg ditaja oleh downline kita pun, kita akan dapat point pairing sebagaimana downline yg menaja itu juga dapat. Tiada limit! Bermakna, selagi ada pertambahan ahli di bawah kita sampai level manapun, kita tetap dapat point utk pairing ni sebagaimana downline kita yg menaja itu dapat. Ianya adalah sebagai galakan dari syarikat utk kita berterusan membina rangkaian ahli dan menggalakkan downline kita juga membina rangkaian ahli.
3. Bonus Bulanan - dikira sebulan sekali oleh syarikat berdasarkan belian plan B oleh kita dan downline kita. Setiap satu set Plan B (Rm60 - 2 botol) yg dibeli oleh downline kita utk maintenance, kita dapat Rm2 (dgn syarat kita juga ada membuat belian maintenance pada bulan tersebut). Kalau downline maintain 2 set, kita dapat 2xRm2=Rm4. Kalau downline maintain 3 set, kita dapat 2xRm2=Rm6. Bonus ini hanya dikira sehingga level ke-6. Downline kita juga dibayar bonus oleh syarikat dgn kiraan yg sama utk setiap belian maintenance yg dibuat oleh rangkaian pengguna mereka. Ia adalah setara dengan hasil usaha masing2 membina rangkaian pengguna.
Bagaimana pula kalau kita nak dapatkan untung runcit daripada jualan kepada bukan ahli?
Kita sbg ahli, boleh beli Plan B dengan harga Rm60 utk 2 botol. Jual kepada pelanggan yg tak mahu masuk ahli dgn harga sebotol Rm50.
Berapa untung runcit kita dapat?
Rm50 - Rm30 = Rm20.
Walaubagaimanapun, kita tak galakkan sangat ahli menjual untuk dapat untung runcit sahaja kerana jangkamasa panjang, pelanggan yg kita perkenalkan stevia tadi kemungkinan besar akan masuk ahli di bawah org lain setelah tahu kelebihan2 sbg ahli.
Oleh kerana itu, setiap individu yg kita promote stevia, galakkan dia utk terus menjadi ahli samada dgn memilih pakej ;
1. Silver - 1 kotak (pakej pengguna)
2. Gold - 3 kotak (pakej usahawan)
3. Platinum - 7 kotak (pakej jutawan)
Apakah kelebihan sebagai Ahli Berdaftar Stevia RCC?
1. Boleh dapat harga belian berikutnya lebih murah. Hampir separuh daripada harga asal! Hanya Rm60 utk 2 botol (Rm30 sebotol)
2. Boleh dapat tabung khairat kematian dan tabung bencana (antara Rm1,000 sehingga Rm5,000) - hanya atas belian Rm60 pada bulan sebelum kejadian.
3. Dapat kumpul Redemption Point (RP) atas setiap belian maintenance. RP ni nanti boleh tukar dgn syarikat utk dapatkan produk stevia percuma, voucher petrol percuma, notebook percuma, umrah percuma, melancong percuma, kereta percuma dsbnya - bergantung kpd berapa banyak RP kita yg terkumpul.
4. Dapat peluang menjana pendapatan apabila kita turut memperkenalkan stevia kepada ahli keluarga dan sahabat-handai melalui 3 jenis bonus - bonus penajaan, bonus pairing dan bonus bulanan (rujuk semula perenggan pertama di atas)
JOM BERMULA SEKARANG!!!
Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503
No comments:
Post a Comment