Tuesday, 15 December 2015

Ingin Menguruskan Badan Tanpa Stress?

Ingin Menguruskan Badan Tanpa Stress?

InsyaAllah Stevia sangat berkesan untuk menguruskan badan! Dengan keenakan rasa manisnya pula, kita boleh menguruskan badan tanpa sebarang tekanan.

Bagaimana?

Sebelum menjawab soalan ini mari kita lihat kenapa berat badan bertambah?

Antara sebabnya ialah:
1. Sebab tak boleh ubah - keturunan.
2. Sebab boleh ubah - makanan berkalori tinggi dan lemak, kurang mengambil makanan fiber seperti sayur dan buah serta kurang bersenam.

Perlu diingat bahawa faktor keturunan kurang menyumbang kepada kegemukan berbanding sebab no 2...! Ertinya, jangan bimbang jika keturunan kita gemuk kerana kita masih berupaya mendapatkan berat badan unggul.

Selalunya.. untuk meninggalkan rutin makanan harian adalah suatu penderitaan. Terutama bila terpaksa meninggalkan keenakan makanan kegemaran kita. Tahukah anda bahawa sumber kalori tinggi dalam makanan kita ialah gula? Bolehkah kita tinggalkan gula dalam menu harian kita? Boleh... tapi sudah tentu kita terpaksa melawan keinginan dan ini akan menimbulkan derita dan stress...

Nah... di sini saya ingin berkongsi bagaimana menu stevia sangat berkesan dalam mencapai berat badan unggul...

Pagi... ambil sarapan seperti biasa. Namun elakkan gula, susu pekat manis, minuman 3 in 1 termasuk milo. Minum air masak, teh o kosong atau kopi o kosong dengan stevia sebagai pemanisnya. Banyak mana kalori dapat kita kurangkan? Apakah kita akan cepat lapar? Tidak! Tak percaya cubalah... orang kata boleh jadi hypoglycaemia... sebenarnya tidak!

Ambil contoh begini... dalam keadaan puasa, pernahkah kita mengalami hypoglycaemia? Sudah tentu pernah. Setiap hari kita hypo. Tapi mampukah kita bertahan sampai ke petang? Ya! Persoalannya... bagaimana rasa hypo itu hilang sedangkan kita terus berpuasa? Jawapannya ialah proses pembakaran lemak dalam tubuh menghasilkan gula menyebabkan rasa hypo itu hilang... dengan pembakaran inilah menyebabkan sebulan kita berpuasa kita mampu menurunkan berat badan sehingga 3-5 kilo...

Di situlah kata kuncinya...

PEMBAKARAN LEMAK tubuh menyebabkan kita mampu menurunkan berat badan. Dengan stevia, apabila rasa lapar itu terhalang, secara otomatik kita akan kurang mengambil karbohidrat atau makanan. Apabila kita kurang makan, sudah tentu tubuh akan bertindak membakar lemak untuk mendapatkan tenaga. Ringkasnya ; Minum stevia - manisnya menyebabkan kita rasa kenyang & mampu minum banyak air tanpa kalori - kurang keinginan mengambil karbohidrat - pembakaran lemak akan terus berlaku...!

Jika kita ingin menurunkan berat badan dengan lebih agresif, kita tak perlu makan tengahari. Kemanisan stevia itu sahajapun akan menyebabkan kita rasa kenyang. Apalagi jika kita berupaya minum dengan banyak disebabkan keenakan rasanya. Namun jika kita tetap mahu mengambil makanan tengahari, kurangkan kuantiti nasi dan elakkan minum minuman bergula. Nak manis, titiskan stevia dalam minuman meskipun di dalam air masak kosong.

Apakah teknik ini akan menyebabkan gastrik dan tubuh akan kekurangan zat makanan? Untuk gastrik anda boleh cuba dan lihat kesannya. Biasanya gastrik akan berlaku bila asid hidroklorik berkumpul di dalam perut dan menyebabkan hakisan. Namun dengan mengambil minuman stevia, ia mampu mencairkan kandungan asid tersebut kerana sifat stevia adalah beralkali. Ini akan mengelakkan terjadinya gastrik.

Bagi mengelakkan tubuh kekurangan zat makanan, maka dicadangkan mengambil vitamin.

Seterusnya elakkan makan selepas waktu maghrib. Jika kita terasa lapar kerana kebiasaan kita makan pada malam hari, ambillah buah-buahan.

Untuk lebih sihat... jangan lupa lakukan senaman. Pembakaran lemak akan berlaku lebih cepat berkadar terus dengan penurunan berat badan.

Cubalah amalkan... InsyaAllah, anda akan dapati menu stevia ini mampu membantu anda mencapai berat badan unggul yang sihat tanpa stress...



Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503

No comments:

Post a Comment