Tuesday, 15 December 2015

9 langkah sebelum memilih sesuatu produk MLM:

9 langkah sebelum memilih sesuatu produk MLM:

WARNING !!!!!
Jangan kelabu mata or join terus company MLM hanya selepas mendengar bonus yang luar biasa/lihat kereta2 mewah upline2 (anda mungkin tertipu)

Umum sudah mengetahui dewasa ini, terlalu banyak skim cepat kaya/money game/scam yang menggunakan MLM sebagai kaedah pemasaran yang terbaik untuk menjalankan perniagaan terkutuk mereka.

Namun, tidak semua MLM itu salah. Hal ini kerana MLM sebenarnya adalah satu kaedah pemasaran yang baik dan adil untuk memasarkan suatu produk syarikat jika menetapi ciri2 nya.

Berikut adalah 9 checklist yang perlu dipenuhi sebelum menyertai sesuatu syarikat MLM

1. Pastikan yuran pendaftaran adalah munasabah dan tidak terlalu mahal.
- Lagi baik, jika syarikat memberikan keahlian percuma kepada bakal ahli jika membeli produk secara pukal
Cth : beli produk rm 400 ke atas, dapat keahlian percuma
- Banyak syarikat MLM pada hari ini mengenakan yuran pendaftaran yang sangat tinggi, ada yang mencecah ribuan ringgit, semata2 nak memberikan komisen yang tinggi kpd ahli2

2. Pastikan harga barang yang dijual tidak terlampau mahal daripada harga pasaran. Tetapi barus diingatkan bahawa produk MLM harus mahal sedikit daripada produk konvensional kerana company MLM perlu membayar komisen kpd ahli mereka. Tetapi, tidak boleh terlampau mahal. Margin yang dicadangkan tidak melebihi 15% daripada harga pasaran. Jika produk MLM itu lebih murah daripada produk konvensional tetapi mereka menjanjikan bonus yang banyak, berhati2 lah, anda mungkin mangsa mereka yang seterusnya kerana daripada sumber manakah mereka mendapatkan wang untuk memberi bonus?

3. Pastikan produk MLM berkualiti dan bermanfaat. Bukan produk yang hanya diletakkan di bawah katil atau di dalam stor sahaja kerana kurang atau tiada manfaat kepada umum. Ia hanya diwujudkan sebagai "topeng" kepada bisnes penrekrutan ahli mereka. Harus diingatkan bahawa MLM adalah salah satu kaedah pemasaran sahaja. Ia bukanlah segala-galanya. Salah satu indikator produk MLM itu bagus dan bermanfaat adalah jika secara tiba2, company MLM menukarkan plan pemasaran mereka daripada MLM kepada konvensional atau sistem agen, produk mereka masih laris dan boleh dipasarkan. Jika produk itu "produk topeng" sahaja, memang bungkuslah company jika mereka menukar plan pemasaran mereka kerana produk tak berkualiti dan tidak bermanfaat dan tiada permintaan

4. Pastikan bahawa produk tersebut harus digunakan berkali-kali. Permintaannya sentiasa ada. Kerana ia produk yang bagus dan bermanfaat pada masyarakat.

5. Pastikan MLM tersebut tidak memfokuskan kepada penrekrutan ahli untuk mendapat keuntungan, tetapi mereka memfokuskan kepada penjualan produk mereka. Jika pelanggan tidak mahu menjadi ahli pun, produk masih boleh dijual kepada non member. Banyak MLM pada hari ini menetapkan bahawa wajib join ahli dahulu, baru boleh beli barang. Jika tak jadi ahli, tidak boleh beli barang. MLM jenis ini wajib dijauhi

6. Pastikan Bonus/ komisen yg bakal ahli dapati adalah JELAS, TERANG DAN NYATA. Kita nampak flow duit itu, kemana ia pergi, dari sumber mana company boleh beri bonus yg banyak, berapa banyak company ambil, berapa banyak kita dapat. Tetapi banyak company MLM pada hari ini, kita tak tau mcm mane bonus tu blh kita perolehi. N dr segi matematiknya, tidak logik dan tidak boleh diexplain. Maka tunggulah, money game ini akan collapse. Anda adalah mangsa seterusnya

7. Pastikan bahawa MLM yang anda bakal anda sertai tidak berkonsepkan "Upline akan terus menerus kaya walaupun goyang kaki. Downline selamanya tak akan dapat beat upline wpun usaha nya jauh lebih banyak." Inilah yg dinamakan piramid sistem. MLM yang telus menitikberatkan usaha. Jika downline usaha dgn lebih keras berbanding uplinenya, bila2 masa sahaja dia boleh mengatasi income uplinenya

8. Pilihlah upline yang berkualiti, yang mampu mendidik anda dan 'push' anda secara training yang terbukti berkesan untuk anda pergi jauh dalam bisnes tersebut. Jika upline anda juga baru, pastikan rangkaian upline2 di atas upline anda hebat2 belaka. Boleh anda rujuk mereka untuk membantu anda mengembangkan bisnes anda. Jangan sesekali join MLM yang uplinenya hanya tahu push dan paksa sahaja tanpa memberikan ilmu dan didikan yang cukup dan tidak menyediakan plan pemasaran dan strategi yang baik. Yang mereka tahu sebut hanyalah "usaha lebih lagi" , "anda kurang berusaha" dll

9. Pilihlah produk MLM yang sangat susah nak tepu atau saturated. MLM sering dikaitkan dgn tepu. Pioneer sedap makan komisen awal2, yang hujung2 baru masuk sangat susah nak cari prospek/customer dan akhirnya produk slow dan company tutup sbb sale berkurangan. Pilihlah produk MLM yang bercirikan KEPERLUAN MANUSIA seperti beras, minyak, gula, air dll. Selagi wujud manusia, mereka pasti memerlukan produk anda. Elakkan daripada MLM yang bercirikan KEMAHUAN MANUSIA seperti bantal, kipas, lampu, minyak wangi dll. Kerana bila musim gawat, manusia akan mengurangkan kemahuan mereka. Mereka hanya fokus kepada keperluan sahaja untuk hidup dengan baik dan sihat.

Wallahualam
Moga membantu

Disediakan oleh:
Bellazada™ Crew®


Best regards,
DR SHAMIZI BINTI MOHAMED
013 362 3503

No comments:

Post a Comment